PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Friday, 24 August 2012

54 PENGURUSAN.

Apabila memperkatakan subjek pengurusan, ramai yang merasa bahawa ianya sesuatu yang mudah dek sebab semua manusia dalam satu peringkat telah berpengalaman mentadbirkan sesuatu, samada menguruskan rumahtangga, diri sendiri, anak anak atau punj pada skop yang lebih besar iaitu organisasi mau pun negara. Kerana itu sebahagian orang menganggapnya sebagai satu yang semulajadi dan memerlukan sedikit input baru sudah membolehkan dia mentadbir.

2.  Sebenarnya menguruskan sesuatu agar ia menjadi berketrampilan yang positif, tidaklah semudah seperti yang dikatakan. Ia memerlukan kombinasi kemahiran dalam pelbagai bidang. Paling utama adalah pentadbiran diri, diikuti dengan komunikasi.

3.  Apa yang dikatakan pentadbiran diri adalah menguruskan emosi dan fikiran supaya ianya tidak berkecamuk mengatasi satu dan lain. Fikiran yang baik, mematuhi pengurusan sebagaimana peraturan yang digariskan menjadikan ianya kaku seperti mesin atau robot yang melaksanakan tugas mengikut program yang dibentuk. Kerana itu, ia perlu melibatkan sedikit suntikan emosi dalam peratusan yang wajar, supaya tindakannya menjadi sesuai dan relevan mengikut acuan permasaalahannya. Andainya emosi menguasai diri, ia akan membina ego yang dia sendiri tidak dapat tanganinya kelak. Gabungan kedua dua elemen ini, aku namakan aqal. Tanpa aqal, segala tindakan jadi mendatar.

4.  Apabila fikiran dan emosi dapat diseimbangkan, maka kemahiran komunikasi menjadi perkara kedua penting. Dengan komunikasi, manusia bisa berhubung, menimba ilmu dan pandangan dari persekitarannya.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN