54 PENGURUSAN.
Apabila memperkatakan subjek pengurusan, ramai yang merasa bahawa ianya sesuatu yang mudah dek sebab semua manusia dalam satu peringkat telah berpengalaman mentadbirkan sesuatu, samada menguruskan rumahtangga, diri sendiri, anak anak atau punj pada skop yang lebih besar iaitu organisasi mau pun negara. Kerana itu sebahagian orang menganggapnya sebagai satu yang semulajadi dan memerlukan sedikit input baru sudah membolehkan dia mentadbir.
2. Sebenarnya menguruskan sesuatu agar ia menjadi berketrampilan yang positif, tidaklah semudah seperti yang dikatakan. Ia memerlukan kombinasi kemahiran dalam pelbagai bidang. Paling utama adalah pentadbiran diri, diikuti dengan komunikasi.
3. Apa yang dikatakan pentadbiran diri adalah menguruskan emosi dan fikiran supaya ianya tidak berkecamuk mengatasi satu dan lain. Fikiran yang baik, mematuhi pengurusan sebagaimana peraturan yang digariskan menjadikan ianya kaku seperti mesin atau robot yang melaksanakan tugas mengikut program yang dibentuk. Kerana itu, ia perlu melibatkan sedikit suntikan emosi dalam peratusan yang wajar, supaya tindakannya menjadi sesuai dan relevan mengikut acuan permasaalahannya. Andainya emosi menguasai diri, ia akan membina ego yang dia sendiri tidak dapat tanganinya kelak. Gabungan kedua dua elemen ini, aku namakan aqal. Tanpa aqal, segala tindakan jadi mendatar.
4. Apabila fikiran dan emosi dapat diseimbangkan, maka kemahiran komunikasi menjadi perkara kedua penting. Dengan komunikasi, manusia bisa berhubung, menimba ilmu dan pandangan dari persekitarannya.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
PASUKAN PENJARA
Friday, 24 August 2012
Sunday, 8 July 2012
53. DADAH DALAM PENJARA
Baru baru ini, aku diberitau oleh seseorang, katanya ada berita sensasi mengenai penjara dalam akhbar. Aku bertanya, berita apa. Jawapnya, berita mengenai kemasukan dadah dalam penjara.
Aku tidak segera mengambil peluang untuk membacanya, kerana aku lemas untuk mengetahuinya, sebab ia akan menjadi satu perkara yang tidak akan ada kesudahannya. Semua pehak menuding jari antara satu dan lain, mencari penyelesaiannya tidak juga berjumpa. Malah tidak ada yang mau mendengar dan yang berkuasa tidak mau mengatasinya bersama.
Penyeludupan dadah dalam penjara, ada pelbagai caranya. Antara cara cara acap digunakan adalah:
1. Menyembunyikan dadah dalam dubur atau dalam alat sulit bagi subjek wanita.
2. Menelan dadah dalam perut.
3. Rakan membaling dari luar tembok penjara.
4. Dadah disampaikan oleh pelawat.
5. Dadah dibawa masuk oleh anggota.
Setiap satu taktik ini memerlukan penanganan cara yang berbeda, dan sebahagiannya memerlukan bantuan peralatan.
Pokok bicara, satu kajian menyeluruh harus dibuat, daripada pemilihan anggota, kelengkapan, latihan, dan lain lainnya perlulah ada.

Friday, 6 July 2012
52. KUASA.
Apakah itu yang dikatakan kuasa? Kuasa itu adalah satu upaya yang ada pada seseorang atau kumpulan manusia keatas persekitarannya, samada yang terdiri dari lain manusia, mau pun benda benda material.
Kuasa amat berguna dalam menyampaikan satu hajat atau hasrat mencipta, mengubah dan membentuk, samada kepada maya yang positif atau pun negatif.
Kuasa seandainya tidak dikendalikan dengan baik, bisa membinasakan diri, lain lain manusia, persekitaran mau pun keadaan.
Siapakah sebenarnya yang memberi individu itu kuasa? Bagaimana seseorang itu mempunyai kuasa?

Wednesday, 20 June 2012
51. RINDU PADA BLOG
Apabila menyebut kata rindu ini, ada banyak maksudnya. Ada yang rindu pada sang kekasih, ada yang rindu pada orang tua, ada yang rindu pada suami atau isteri, dan ada juga yang rindu pada subjek subjek yang cantik atau menarik. Pokoknya, seseorang itu boleh menjadi rindu pada perkara yang digemari, begitu juga aku.
Rasanya sudah lama aku tidak menulis disini, kerana kurang pengikut berbanding dalam facebook. Tidak mengapalah, kalau ada yang sudi, bacalah. Kalau tiada, tidak mengapa.

Wednesday, 1 February 2012
50. ISLAM THE RELIGION
I am a Muslim, and on today's topic I wish to write something about the religion as I see it through my eyes.
In today's world, Islam that is depicted to everyone is not as what it was in the beginning of time. There were so many bad and negative incidents happened in some part of the world that consciously or unconsciously being related to Muslims and Islam.

Sunday, 15 January 2012
49. MENGENALI RAGAM MANUSIA
Biar apa pun tiori yang Darwin gunakan, atau sesiapa jua punya tiori mereka sendiri, aku juga punya pengamatanku sendiri, hasil dari bertugas mengawal manusia yang terkurung dan manusia yang bebas. Mereka memang punya ragamnya sendiri.
Mengapa manusia punya ragam?
Dalam memperkatakan perkara itu, kita perlu melihat kebolihan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk yang mudah mengadaptasikan diri pada persekitarannya. Hari ini, manusia tinggal hampir diseluruh pelosok dunia, kerana kebolihan mereka mengadaptasikan dirinya kepada alam sekitarnya.
Begitu juga ragam manusia, ia terbentuk hasil interaksi mereka kepada persekitaran. Yang ganas, yang lembut semuanya adalah proses adaptasi manusia kepada persekitarannya. Sebahagiannya telah menjadi darah daging mereka disebabkan tubian yang dilakukan berulangkali.
Pada pengamatanku, manusia itu terbahagi kepada 4 sifat.
1. Manusia sebagai manusia.
2. Manusia sebagai binatang.
3. Manusia berperangai jin.
4. Manusia sebagai insan.
Apa bedanya antara satu dan lain. Barangkali sebahagian pembaca sudah dapat melihatnya hasil dari pengamatan diri pembaca sendiri.

Monday, 9 January 2012
48. NILAI KEPENJARAAN
Didalam hukum alam, apabila seseorang itu berbuat baik, maka baiklah balasannya, begitu pula apabila kita melakukan kejahatan, maka buruk pula balasannya. Untuk menguatkan ikatan hukum ini, negara negara didunia telah mengujudkan sistem kepenjaraan mereka masing masing. Ia bermaksud untuk memisahkan pelaku yang membuat onar dalam masyarakat, dan juga untuk pengajaran serta hukuman.
Sistem penjara hendaklah dijaga dengan betul, jika tidak ia menjadi bahan dan tempat untuk memperdalamkan ilmu jenayah mereka. Kerana itu, penjara penjara didunia dan juga diMalaysia, mereka mengagehkan dan membentuk sistem penjaranya agar sesuai dengan tempat, kumpulan sasaran dan jenis latihan yang hendak di ajarkan.
DiMalaysia, pembahagian ini dibuat berdasarkan umur, jenis kesalahan, dan risiko penjenayah itu. Ini barangkali merupakan standard yang dipakai diseluruh dunia.
Apa yang menarik tentang kepenjaraan ini, adalah sebahagian mereka yang telah keluar penjara mendabik dada, merasakan dirinya hero selepas dipenjarakan. Ada yang sudah jadi menteri, dan ada juga yang menjadi pemimpin.
Penomena ini boleh dilihat dalam dua bentuk. Satu, sistem pemulihan yang berjaya menjadikan mereka tokoh pemimpin, manakala dari satu sudut lain, ia menjadi kemegahan untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih 'daring' lagi.
Kalau yang pertama itu baik, tapi kalau yang kedua, itu tidak berguna langsung.

Wednesday, 4 January 2012
47. MENJULANG NAMA JABATAN
Apabila aku dilantik menjadi Ketua Pengarah Penjara, aku membilang berapa lama masa yang aku punya, dan apakah misi yang perlu aku laksanakan.
Selepas mengira semua situasi, aku bertekad untuk:
1. Menaikkan nama jabatan.
2. Membuka peluang kebajikan sebanyak mungkin kepada kakitangan.
3. Memperhebatkan program program jabatan.
Dengan visi yang ada, aku terus mengatur langkah. Dalam menangani misi pertama, aku mencuba mengenengahkan jabatan dalam semua aspek, dari kuiz antara jabatan, sehinggalah kepada penglibatan penglibatan sosial lainnya, dengan harapan meraih sebanyak mungkin anugerah anugerah untuk jabatan, bermula dari ISO, anugerah kementerian sehinggalah kepada anugerah Perdana Menteri untuk jabatan yang cemerlang, memperkenalkan bendera baru, bentuk bangunan penjara yang lebih mesra alam, memperkemaskan pasukan bolasepak, pingat dan lain lain lagi. Tujuannya, agar orang ramai kenal siapakah anggota jabatan penjara itu, mereka adalah orang orang yang cemerlang. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya.
Misi yang kedua, melibatkan kebajikan. Kebajikan kakitangan memerlukan persekitaran kerja yang baik, pulangan upah yang tinggi, peluang kenaikkan pangkat yang sama rata, dan juga ganjaran ganjaran kerja yang baik. Menangani misi ini, melalui POA dan juga lain lainnya, berusaha mendapatkan skim gaji yang sesuai untuk anggota, elaun elaun tertentu, dan mempelbanyakkan pangkat. Untuk ini, apa saja peluang yang boleh digunakan bagi mencapai maksud seperti membuka penjara baru, mengambil alih tugasan jabatan lain telah dipraktikkan. Alhamdulillah juga, kerana jawatan jawatan baru telah dapat diujudkan dan peluang kenaikkan pangkat semakin banyak.
Dalam mencapai misi ketiga, program program baru yang diujudkan adalah Parol, Sekolah intergriti, kadet koreksional, khidmat masyarakat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah juga ianya berjaya.

Tuesday, 3 January 2012
46. ANTARA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT.
Apabila seseorang itu menonton filem, membaca buku atau melihat persekitarannya, tafsiran yang dibuat didalam kotak pemikirannya, tidak mungkin sama diantara individu dan individu. Penciptaan imej dalam pemikiran seseorang itu adalah banyak bergantung kepada pemahamannya dan latar belakang persekitaran individu itu sendiri.
Lantaran itu, dalam setiap perhubungan, baik dalam bentuk tuturkata atau pancaran gambar akan membawa kepada dua maksud, iaitu perkara yang tersurat, dan perkara yang tersirat.
Perkara yang tersurat adalah sesuatu yang zahir, yang jelas dapat dilihat, dipandang atau seperti yang terpancar dalam ilusi penglihatan. Manakala perkara yang tersirat adalah perkara perkara yang tersembunyi atau yang batin dari perpektif apa yang kita dapat lihat dengan mata.
Ia bergantung kepada dua perkara, iaitu niat, dan hajat.

Sunday, 1 January 2012
45. RAPUHNYA KESELAMATAN KERANA KESELESAAN
Tugas keselamatan adalah berat. Ia memanggil seluruh tumpuan tenaga manusia kearah satu pemikiran iaitu selamat.
Kealpaan mudah terjadi dan boleh mengancam keselamatan. Pelbagai faktor boleh menggugat keselamatan. Faktor fizikal, dan kemanusiaan adalah faktor utama penyumbang kepada kejadian kejadian yang tidak diingini.
Barangkali, tiada yang terfikir keadaan yang selesa boleh membawa padah dalam keselamatan. Bukan kerana tempat yang selesa sahaja, tetapi keadaan yang selesa juga boleh menyumbangkn kearah itu. Umpamanya, apabila keadaan sentiasa aman. Anggota anggota keselamatan mungkin menjadi leka kerana pemikirannya mungkin berkata tiada ada sesuatu boleh terjadi, atau perkara yang tidak baik tidak mungkin boleh terjadi.
Baru baru ini, aku bersama teman pergi ke Jabatan Perdana Menteri. Tujuannya untuk menyampaikan surat. Mungkin kerana penampilan kami yang tidak mencurigakan, kami lepas masuk hingga ke pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri, tanpa adanya halangan.
Andai kata, kami adalah pasukan penyerang, barangkali sudah kecoh jadinya di jabatan tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)