Didalam hukum alam, apabila seseorang itu berbuat baik, maka baiklah balasannya, begitu pula apabila kita melakukan kejahatan, maka buruk pula balasannya. Untuk menguatkan ikatan hukum ini, negara negara didunia telah mengujudkan sistem kepenjaraan mereka masing masing. Ia bermaksud untuk memisahkan pelaku yang membuat onar dalam masyarakat, dan juga untuk pengajaran serta hukuman.
Sistem penjara hendaklah dijaga dengan betul, jika tidak ia menjadi bahan dan tempat untuk memperdalamkan ilmu jenayah mereka. Kerana itu, penjara penjara didunia dan juga diMalaysia, mereka mengagehkan dan membentuk sistem penjaranya agar sesuai dengan tempat, kumpulan sasaran dan jenis latihan yang hendak di ajarkan.
DiMalaysia, pembahagian ini dibuat berdasarkan umur, jenis kesalahan, dan risiko penjenayah itu. Ini barangkali merupakan standard yang dipakai diseluruh dunia.
Apa yang menarik tentang kepenjaraan ini, adalah sebahagian mereka yang telah keluar penjara mendabik dada, merasakan dirinya hero selepas dipenjarakan. Ada yang sudah jadi menteri, dan ada juga yang menjadi pemimpin.
Penomena ini boleh dilihat dalam dua bentuk. Satu, sistem pemulihan yang berjaya menjadikan mereka tokoh pemimpin, manakala dari satu sudut lain, ia menjadi kemegahan untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih 'daring' lagi.
Kalau yang pertama itu baik, tapi kalau yang kedua, itu tidak berguna langsung.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment