Apabila aku dilantik menjadi Ketua Pengarah Penjara, aku membilang berapa lama masa yang aku punya, dan apakah misi yang perlu aku laksanakan.
Selepas mengira semua situasi, aku bertekad untuk:
1. Menaikkan nama jabatan.
2. Membuka peluang kebajikan sebanyak mungkin kepada kakitangan.
3. Memperhebatkan program program jabatan.
Dengan visi yang ada, aku terus mengatur langkah. Dalam menangani misi pertama, aku mencuba mengenengahkan jabatan dalam semua aspek, dari kuiz antara jabatan, sehinggalah kepada penglibatan penglibatan sosial lainnya, dengan harapan meraih sebanyak mungkin anugerah anugerah untuk jabatan, bermula dari ISO, anugerah kementerian sehinggalah kepada anugerah Perdana Menteri untuk jabatan yang cemerlang, memperkenalkan bendera baru, bentuk bangunan penjara yang lebih mesra alam, memperkemaskan pasukan bolasepak, pingat dan lain lain lagi. Tujuannya, agar orang ramai kenal siapakah anggota jabatan penjara itu, mereka adalah orang orang yang cemerlang. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya.
Misi yang kedua, melibatkan kebajikan. Kebajikan kakitangan memerlukan persekitaran kerja yang baik, pulangan upah yang tinggi, peluang kenaikkan pangkat yang sama rata, dan juga ganjaran ganjaran kerja yang baik. Menangani misi ini, melalui POA dan juga lain lainnya, berusaha mendapatkan skim gaji yang sesuai untuk anggota, elaun elaun tertentu, dan mempelbanyakkan pangkat. Untuk ini, apa saja peluang yang boleh digunakan bagi mencapai maksud seperti membuka penjara baru, mengambil alih tugasan jabatan lain telah dipraktikkan. Alhamdulillah juga, kerana jawatan jawatan baru telah dapat diujudkan dan peluang kenaikkan pangkat semakin banyak.
Dalam mencapai misi ketiga, program program baru yang diujudkan adalah Parol, Sekolah intergriti, kadet koreksional, khidmat masyarakat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah juga ianya berjaya.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment