PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Sunday, 8 July 2012

53.  DADAH DALAM PENJARA

Baru baru ini, aku diberitau oleh seseorang, katanya ada berita sensasi mengenai penjara dalam akhbar. Aku bertanya, berita apa. Jawapnya, berita mengenai kemasukan dadah dalam penjara.

Aku tidak segera mengambil peluang untuk membacanya, kerana aku lemas untuk mengetahuinya, sebab ia akan menjadi satu perkara yang tidak akan ada kesudahannya. Semua pehak menuding jari antara satu dan lain, mencari penyelesaiannya tidak juga berjumpa. Malah tidak ada yang mau mendengar dan yang berkuasa tidak mau mengatasinya bersama.

Penyeludupan dadah dalam penjara, ada pelbagai caranya. Antara cara cara acap digunakan adalah:
1. Menyembunyikan dadah dalam dubur atau dalam alat sulit bagi subjek wanita.
2. Menelan dadah dalam perut.
3. Rakan membaling dari luar tembok penjara.
4. Dadah disampaikan oleh pelawat.
5. Dadah dibawa masuk oleh anggota.

Setiap satu taktik ini memerlukan penanganan cara yang berbeda, dan sebahagiannya memerlukan bantuan peralatan.

Pokok bicara, satu kajian menyeluruh harus dibuat, daripada pemilihan anggota, kelengkapan, latihan, dan lain lainnya perlulah ada.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Friday, 6 July 2012

52. KUASA.

Apakah itu yang dikatakan kuasa? Kuasa itu adalah satu upaya yang ada pada seseorang atau kumpulan manusia keatas persekitarannya, samada yang terdiri dari lain manusia, mau pun benda benda material.

Kuasa amat berguna dalam menyampaikan satu hajat atau hasrat mencipta, mengubah dan membentuk, samada kepada maya yang positif atau pun negatif.

Kuasa seandainya tidak dikendalikan dengan baik, bisa membinasakan diri, lain lain manusia, persekitaran mau pun keadaan.

Siapakah sebenarnya yang memberi individu itu kuasa? Bagaimana seseorang itu mempunyai kuasa?

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 20 June 2012

51. RINDU PADA BLOG


Apabila menyebut kata rindu ini, ada banyak maksudnya. Ada yang rindu pada sang kekasih, ada yang rindu pada orang tua, ada yang rindu pada suami atau isteri, dan ada juga yang rindu pada subjek subjek yang cantik atau menarik. Pokoknya, seseorang itu boleh menjadi rindu pada perkara yang digemari, begitu juga aku.


Rasanya sudah lama aku tidak menulis disini, kerana kurang pengikut berbanding dalam facebook. Tidak mengapalah, kalau ada yang sudi, bacalah. Kalau tiada, tidak mengapa.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 1 February 2012

50. ISLAM THE RELIGION

I am a Muslim, and on today's topic I wish to write something about the religion as I see it through my eyes.

In today's world, Islam that is depicted to everyone is not as what it was in the beginning of time. There were so many bad and negative incidents happened in some part of the world that consciously or unconsciously being related to Muslims and Islam.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Sunday, 15 January 2012

49. MENGENALI RAGAM MANUSIA

Biar apa pun tiori yang Darwin gunakan, atau sesiapa jua punya tiori mereka sendiri, aku juga punya pengamatanku sendiri, hasil dari bertugas mengawal manusia yang terkurung dan manusia yang bebas. Mereka memang punya ragamnya sendiri.

Mengapa manusia punya ragam?

Dalam memperkatakan perkara itu, kita perlu melihat kebolihan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk yang mudah mengadaptasikan diri pada persekitarannya. Hari ini, manusia tinggal hampir diseluruh pelosok dunia, kerana kebolihan mereka mengadaptasikan dirinya kepada alam sekitarnya.

Begitu juga ragam manusia, ia terbentuk hasil interaksi mereka kepada persekitaran. Yang ganas, yang lembut semuanya adalah proses adaptasi manusia kepada persekitarannya. Sebahagiannya telah menjadi darah daging mereka disebabkan tubian yang dilakukan berulangkali.

Pada pengamatanku, manusia itu terbahagi kepada 4 sifat.
1.  Manusia sebagai manusia.
2.  Manusia sebagai binatang.
3.  Manusia berperangai jin.
4.  Manusia sebagai insan.

Apa bedanya antara satu dan lain. Barangkali sebahagian pembaca sudah dapat melihatnya hasil dari pengamatan diri pembaca sendiri.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Monday, 9 January 2012

48. NILAI KEPENJARAAN

Didalam hukum alam, apabila seseorang itu berbuat baik, maka baiklah balasannya, begitu pula apabila kita melakukan kejahatan, maka buruk pula balasannya. Untuk menguatkan ikatan hukum ini, negara negara didunia telah mengujudkan sistem kepenjaraan mereka masing masing. Ia bermaksud untuk memisahkan pelaku yang membuat onar dalam masyarakat, dan juga untuk pengajaran serta hukuman.

Sistem penjara hendaklah dijaga dengan betul, jika tidak ia menjadi bahan dan tempat untuk memperdalamkan ilmu jenayah mereka. Kerana itu, penjara penjara didunia dan juga diMalaysia, mereka mengagehkan dan membentuk sistem penjaranya agar sesuai dengan tempat, kumpulan sasaran dan jenis latihan yang hendak di ajarkan.

DiMalaysia, pembahagian ini dibuat berdasarkan umur, jenis kesalahan, dan risiko penjenayah itu. Ini barangkali merupakan standard yang dipakai diseluruh dunia.

Apa yang menarik tentang kepenjaraan ini, adalah sebahagian mereka yang telah keluar penjara mendabik dada, merasakan dirinya hero selepas dipenjarakan. Ada yang sudah jadi menteri, dan ada juga yang menjadi pemimpin.

Penomena ini boleh dilihat dalam dua bentuk. Satu, sistem pemulihan yang berjaya menjadikan mereka tokoh pemimpin, manakala dari satu sudut lain, ia menjadi kemegahan untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih 'daring' lagi.

Kalau yang pertama itu baik, tapi kalau yang kedua, itu tidak berguna langsung.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 4 January 2012

47. MENJULANG NAMA JABATAN

Apabila aku dilantik menjadi Ketua Pengarah Penjara, aku membilang berapa lama masa yang aku punya, dan apakah misi yang perlu aku laksanakan.

Selepas mengira semua situasi, aku bertekad untuk:
1.  Menaikkan nama jabatan.
2.  Membuka peluang kebajikan sebanyak mungkin kepada kakitangan.
3.  Memperhebatkan program program jabatan.

Dengan visi yang ada, aku terus mengatur langkah. Dalam menangani misi pertama, aku mencuba mengenengahkan jabatan dalam semua aspek, dari kuiz antara jabatan, sehinggalah kepada penglibatan penglibatan sosial lainnya, dengan harapan meraih sebanyak mungkin anugerah anugerah untuk jabatan, bermula dari ISO, anugerah kementerian sehinggalah kepada anugerah Perdana Menteri untuk jabatan yang cemerlang, memperkenalkan bendera baru, bentuk bangunan penjara yang lebih mesra alam, memperkemaskan pasukan bolasepak, pingat dan lain lain lagi. Tujuannya, agar orang ramai kenal siapakah anggota jabatan penjara itu, mereka adalah orang orang yang cemerlang. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya.

Misi yang kedua, melibatkan kebajikan. Kebajikan kakitangan memerlukan persekitaran kerja yang baik, pulangan upah yang tinggi, peluang kenaikkan pangkat yang sama rata, dan juga ganjaran ganjaran kerja yang baik. Menangani misi ini, melalui POA dan juga lain lainnya, berusaha mendapatkan skim gaji yang sesuai untuk anggota, elaun elaun tertentu, dan mempelbanyakkan pangkat. Untuk ini, apa saja peluang yang boleh digunakan bagi mencapai maksud seperti membuka penjara baru, mengambil alih tugasan jabatan lain telah dipraktikkan. Alhamdulillah juga, kerana jawatan jawatan baru telah dapat diujudkan dan peluang kenaikkan pangkat semakin banyak.

Dalam mencapai misi ketiga, program program baru yang diujudkan adalah Parol, Sekolah intergriti, kadet koreksional, khidmat masyarakat dan pelbagai lagi. Alhamdulillah juga ianya berjaya.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN