PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Wednesday, 30 November 2011

19. PEMIKIRAN PETUGAS KESELAMATAN

Dewasa ini, kalau diperhatikan, terdapat banyak sekali syarikat dan organisasi yang mengendalikan tugas keselamatan. Samada ia merupakan syarikat yang berwibawa atau tidak, pokoknya mereka memberi perkhidmatan keselamatan.

Sebenarnya perkhidmatan keselamatan adalah sukar, kerana ia memanggil seluruh tumpuan jiwa dan raga individu kearahnya. Maksudnya, individu yang bergelumang dalam perkhidmatan ini, bukan saja harus tau teknik, tapi perlu senantiasa mempunyai pemikiran keselamatan didalam benaknya. Seandainya itu tiada, keselamatan boleh menjadi longgar, dan aktiviti aktiviti keselamatan akan berkisar kepada peranan mengongkong atau mengawal.

Kalau kita perhatikan di mall mall, macam mana gelagat seorang pengawal menjaga kedai kedai emas. Satu mungkin dari sudut usianya. Tapi itu tidak penting, yang lebih penting adalah tumpuannya. Terkadang kadang, ada kita melihat pengawal yang tidor dikerusi dengan pump gun ditangan. Macam mana ya kawalannya? Ada pula yang menunjukan bengisnya. Agak agak, adakah orang yang hendak masuk kedai emas itu?

Petugas petugas dalam industri keselamatan sewajarnya dilatih. Andainya tidak mereka akan terbawa bawa dengan konsep mereka sendiri. Mungkin ada yang bengis, mungkin ada yang terlalu flexible, dan ada yang tidak ambil pusing pada perkara perkara persekitarannya. Lebih teruk lagi bila ia egois.

Tugas keselamatan adalah berat. Ia merangkumi semua fakulti diri, seperti kebijaksanaan, kekuatan emosi, kecekapan, kekuatan mental dan fizikal, pengetahuan, ketangkasan. dan pelbagai lagi. Pendek kata ia memerlukan kesemarakan ketujuh tujuh panca indera manusia.

Berbalik kita kepada tajuk pemikiran petugas keselamatan. Apakah yang perlu ada dalam pemikiran mereka?
Dalam pemikiran mereka perlu ada:

1.  Ujudkan situasi selamat.
2.  Pastikan diri kita selamat.
3.  Pastikan perkara yang diawasi selamat.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

18. MANUSIA DAN SIKAP

Bertahun tahun bertugas menjaga manusia, ada satu perkara yang boleh diperhatikan senantiasa menggalangi segala kemurniaan jiwa manusia, iaitu sikap. Bagiku manusia itu sebenarnya adalah merupakan insan insan yang baik, jika mereka dapat mengendalikan sikap mereka.

Bagaimana pun ia mungkin satu perkara yang sukar, kerana zahirnya sikap itu banyak bergantung kepada pengaruh pembesaran dan persekitaran. Pengaruh pendidikan, pengaruh rakan sebaya, pengaruh TV dan filem, pendek kata, terlalu banyak elemen yang boleh disabitkan dalam mempengaruhi sikap manusia. Ia membentuk naluri rasa dan corak pemikiran manusia. Umpamanya mereka yang datang dari organisasi besar dan gah, ramai yang berego tinggi. Faktor ini mungkin menyabitkan diri individu mereka kepada organisasi yang dianuti. Apabila seseorang itu datangnya dari organisasi yang rendah, mungkin sikapnya juga berbeda, banyak merendah diri, begitulah seterusnya.

Walau apa pun jua, mereka, samada datang dari tahap dan taraf yang tinggi, tidak bermakna mereka itu orang orang yang tidak baik, begitu juga sebaliknya.

Bermula manusia ini dikatakan orang dilahirkan sebagai kain yang putih. Cara pendidikan awal yang tidak formal dari ibu bapa adalah punca kepada penerimaan atau penolakan pengaruh pengaruh lain dipersekitarannya.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

17. PERKHIDMATAN MEDICAL PENJARA

Didalam tempat yang tertutup seperti penjara, tahap kebersihan yang tinggi perlu diutamakan. Andainya tidak penyakit penyakit berjangkit mudah merebak. Satu phenomena penyakit berjangkit yang sering berlaku dalam penjara adalah penyakit kulit. Puncanya pengudaraan yang kurang memuaskan ditambah lagi penghuni penghuni tidak mengambil berat tentang kesihatan mereka. Selain dari itu, sakit mata juga merupakan antara penyakit penyakit berjangkit yang kerap terkena kepada penghuni.

Sebagai pehak yang bertanggongjawab, prinsip menjaga banduan adalah, memastikan sebagaimana ia masuk begitulah ia keluar, tidak kurang satu apa pun kecuali pulang dengan perangai yang baik. Kalau semasa dia masuk ada dua mata, maka dia keluar dengan dua mata itu. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana keperluan yang tinggi bagi memastikan bahawa banduan banduan tidak merana mendapat penyakit atau mendapat sebarang kecelakaan didalam penjara yang boleh mendatangkan kecacatan kekal kepada mereka, sekumpulan staff medical adalah diperlukan. Perkara ini sebenarnya sudah bertahun tahun diperjuangkan oleh pehak penjara. Bermula dengan cuba mendapatkan doktor dari pehak Kementerian Kesihatan, tapi selalu gagal. Jika ada pun mereka tidak bertahan lama. Paling lama setahun mereka berkhidmat dan mereka pergi. Pembantu pembantu perubatan juga sukar untuk diperolehi. Mereka yang pehak jabatan temui, semuanya adalah pesara, dan sebagai pesara mereka ingin bekerja ditempat sendiri atau kampong halaman mreka. Pehak jabatan juga, ada terfikir untuk mengadakan doktor sendiri, tapi ia tidak mungkin kerana bertindih tugas dengan pehak Kementerian Kesihatan. Cara terbaik adalah mendapatkan doktor pelawat berkala kepenjara dari Hospital berdekatan, tapi itu juga tidak konsisten. Doktor datang mengikut jadual mereka sendiri.

Hendak tak hendak, perkhidmatan ini perlu diswastakan. Begitu pun tidak semua pehak mau mengendalikannya, atas sebab tidak suka bekerja dalam environmen tertutup dan bahaya mengikut mereka. Pehak Jabatan tidak dapat menyalahkan mereka atas perkara ini, kerana dalam lipatan sejarah, pernah berlaku doktor dijadikan tebusan dalam penjara.

Hubungan doktor dan banduan sakit adalah longgar keselamatannya, kerana ia perlu sentuhan fizikal, dan atas sebab kekurangan tenaga kawalan. Anggota penjara juga ada ketikanya perlu menjadi pembantu bagi memberi ubat, dan ini mengurangkan lagi tumpuan keselamatan atas situasi.

Perkara yang terbaik adalah membuka perkhidmatan tersebut kepada pakar swasta untuk mengendalikannya. Membuka perkhidmatan penuh iaitu keperluan lengkap kesihatan yang cukup dengan doktornya, pembantu dan ubat-ubatan, Pegawai penjara dengan ini dapat dilegakan dari tugasan ini dan melaksanakan tugas hakiki mereka iaitu tertumpu kepada keselamatan.

Malangnya pehak penjara belum lagi bersedia kearah perubahan ini.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Tuesday, 29 November 2011

16. PRISON INTELLIGENCE UNIT

In order to maintain a good security environment, either in a country or in a tight security places such as prisons, one cannot ignore the importance of having a first hand information on any security threatening situation that could erupted to a bigger catastropic incident. So in order to get the information, we cannot not to have special units that could gather and act on a slightest and correct threatening information available. People said if you wish to fight a fire, put it off while it is still an amber, small and manageable.

In prison department based on the principle to avoid unruly situation, and to maintain good order, the department has set up units, they call it Prison Intelligence Units. This unit works independently to gather information and act before things get out of hands.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

15. TRUP TINDAKAN CEPAT

Trup tindakan cepat atau singkat TTC telah dinukilkan namanya oleh Tuan Wan Nazarie Wan Mahmood. Trup ini diujudkan sebagai elit squad bagi menangani pelbagai karenah yang mungkin berlaku dipenjara. Maklum saja, malang itu tidak berbau, dan setiap saat dalam penjara memungkinkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

 Unit sedang mengadakan latihan menyerbu kediaman, dalam penjara ia berguna dalam serbuan kedalam sel.
Unit sedang berlatih keberanian dan tatacara memerangkap musuh.
Unit sedang berlatih menuruni bangunan. Cara ini digunakan dalam serbuan dari atas atau menuruni dinding penjara sebelum pecah masuk melalui ruang ruang yang ada.
Unit berlatih menggunakan smoke grenade dan bertahan.

Dalam pembinaan trup ini, pehak jabatan telah memikirkan untuk melengkapkan mereka bukan sahaja tangkas dari pergerakannya dengan taktik dan teknik mengatasi permasaalahan yang ada, mahir dalam pertempuran tanpa senjata, boleh beraksi sebagai penembak tepat, berani, dan dilengkapi dengan ilmu yang tinggi dalam seni mempertahankan diri. Prinsip dari penubuhan trup ini adalah untuk meleraikan sesuatu kejadian yang tidak diingini secepat mungkin tanpa berlakunya pertumpahan  darah. Justeru itu mereka juga perlu dilengkapkan dengan aqal pemikiran yang dinamakan negotiasi yang bijak.

Bagi memastikan kecekapan trup ini, mereka perlu senantiasa berlatih agar tindakan tindakan mereka 'precise' dan dapat menyelamatkan nyawa nyawa yang terancam.

14. UNDERSTANDING BEHAVIOR.

Prisons are always considered as the last resort for anyone to end up in. And for most people those who had been in prisons are considered as people at the bottom of the caste. That is always the thought of nearly everybody; although it is changing now, but still to many they just can't accept it yet. Some are a little hypocrite on this, and say that they are different, they dont regard them as such; but wait until the person come to ask a hand of their daughters then you will realise the truth behind the saying.

In my years of experienced in the field, i always look at prison as a new beginning. A place for you to relearn your mistake and acquire new skills, be it social skills or vocational skills. So life is not end in prison, in fact a new lease of life are being established.

Restructuring individuals in prison is not an easy task. People always have a set of perspectives on their minds. The way they look at certain things might not be the same way others look at it. So in restructuring human beings, the most important factor is to understand of why and how they look at certain things in that manner. I guess we have to empathise and try to be in their shoes. That would be the beginning of understanding a human being.

Monday, 28 November 2011

13. MENGAPA MANUSIA ITU BERUBAH WATAK

Dalam kehidupan manusia, dari kecil hinggalah kedewasa, akan berubah wataknya mengikut masa dan persekitarannya.Semakin berkembang aqalnya semakin luas pandangannya, dan semakin baik adaptasinya kepada environmen.

Pembentukan pembentukan ini, pada biasanya tidak kita sedari, kerana otak punya fungsi yang unik, menafsir dan mencernakan situasi situasi tertentu untuk diadaptasikan oleh perwatakan manusia.

Pada dasarnya ada beberapa tatacara mengapa watak manusia boleh berubah. Berikut adalah sebahagian darinya:

1.  Atas kehendak hatinya sendiri, iaitu dengan memimik watak watak yang ia sukai, atau yang mempunyai pengaruh besar dalam jiwanya. Dalam proses ini, selalunya seseorang individu itu rasa terpegun dan merasakan ianya baik atau 'cool' untuk diadaptasikannya. Umpamanya merokok. Gaya seperti koboi, atau James Bond atau pemimpin pemimpin yang disayangi atau dikagumi.

2.  Berubah atas tekanan yang hebat memaksa ia mengadaptasikan watak baru. Perwatakan ini berubah untuk membolehkan individu itu hidup dalam suasana yang nyaman dalam sesuatu keadaan atau kelompok, maka ia mengadaptasikan watak yang sesuai dengan tekanan itu. Umpamanya dalam kemelesetan ekonomi, ada individu individu yang berubah menjadi penjenayah atau berkelakuan kasar untuk menstabilkan diri mereka.

3.  Berubah kerana tekanan yang bertubi tubi terhadap dirinya. Ini berlaku apabila setiap hari mungkin seseorang individu itu dibuli dan dihina, menyebabkan mereka berubah menjadi penentang atau mengikut acuan watak yang ditekan tubi keatasnya.

4.  Watak manusia berubah atas sebab halangan yang ada sudah hilang. Watak ini mungkin watak semula jadi yang tertekan kerana perasaan takut pada satu waktu. Apabila rasa takut itu tiada, dan mereka mendapat posisi yang baik untuk menunjukkan taringnya, maka mereka pun menunjukkan wataknya yang sebenar.

Pemahaman pemahaman kepada pembentukan watak ini amat berguna dalam membentuk watak manusia dalam environmen pemulihan.

12. BARANG DALAM KERETA DICURI ORANG

Ini kejadian yang berlaku pada diriku. Sewaktu anakku berkahwin, pengantin lelaki datang dengan beberapa kereta. Oleh kerana jalannya sempit, maka kereta diletakkan agak jauh dari rumah. Acara berjalan terus sebagaimana yang dirancangkan. Berjalan baik dalam cuaca yang juga baik.

Selepas semua acara sudah berlangsung, waktu untuk saudara mara pengantin hendak pulang. Apabila mereka pergi kekereta, kelihatan tingkap belakang kereta sudah dipecah orang. Beg tangan yang ditinggalkan sudah hilang. Tidak tau siapa punya angkara, tetapi dalam majlis terus berjalan, datanglah seorang tetamu yang tidak diundang. Dia terus berjalan masuk majlis. Duduk dibawah kemah. Aku kenal sangat dengannya. Dia kaki dadah. Oleh kerana kehadirannya disitu, aku syak tentulah dia orangnya. Dia tidak mau makan. Hanya kononnya berdoa untuk pengantin. Isteriku cukup marah. Dia terus menjeling kearah orang itu. Mungkin kerana tidak selesa akhirnya dia pergi.

Satu pembelajaran buat semua. Seandainya kereta ditinggalkan, walau sesaat mana; pastikan tiada barang berharga didalamnya, kerana itu menjemput pencuri untuk bertindak.

11. APABILA MANUSIA BERKUASA

Batasan kuasa manusia sebenarnya adalah terletak pada aqal, tetapi bagi yang kurang aqalnya batasannya adalah perasaan takut. Hanya perasaan takut dapat menghalang dan mengunci tatakelakuan seseorang itu samada ia akan patuh, lari atau menamatkan riwayat penghidupannya.

Manusia barangkali mungkin tidak akan bersujud kepada tuhan kalau tidak kerana takut. Mereka mungkin takut pada perkara perkara ghaib yang mengancam ketenteraman mereka, maka mereka mencari alternatif bagi kuasa positif sebagai penyelamat. Mereka mungkin takut kepada balasan balasan neraka, kerana itu mereka juga menyerah. Pokoknya disini, mereka tiada daya untuk melawannya. Andainya mereka berupaya mengatasinya, mereka akan mungkar lagi dan mengaku dirinyalah yang berkuasa mengatasi perkara perkara tersebut.

Melalui liputan sejarah, bagaimana sesetengah manusia boleh mengaku dirinya tuhan? Mungkin mereka mempunyai kuasa keatas yang lainnya. Samada keatas manusia manusia yang menjadi pengikutnya atau keatas alam sekitarnya secara magis atau secara kebetulan sahaja.

Bagi mereka yang kurang beraqal, inilah padahnya apabila mendapat kuasa. Mereka akan berbuat sesuka hatinya. Mengadakan undang undang dan peraturan yang memehak kepadanya. Mereka suka mendapat immuniti bagi dirinya. Kalau orang lain dihukum, bagi dirinya dikebalkan dengan kuasa undang undang atau peraturan yang telah direka.

Menyorot kepada sejarah raja raja di Britain, bagaimana mereka sanggup memenggal kepala permaisuri mereka, hanya kerana ingin memenuhi nafsu durjana mereka mendapatkan permaisuri yang lain. Alasan, mudah dicari, kerana semua manusia tidak sempurna.

Kalau kita menyingkap pula lipatan sejarah Melaka, sebagaimana yang diceritakan, bagaimana seorang raja yang begitu berghairah menggunakan kuasa melarikan tunang orang untuk dijadikan permaisurinya, malahan puteri bunian yang berada digunung ledang pun hendak dipikat menjadi permaisurinya. Begitulah kecetekan aqal manusia apabila berkuasa.

Kadang kadang dunia ini ganjil. Ada manusia yang berkuasa dan digeruni ramai, boleh patah dan takut pada pasangannya. Tentulah pasangannya itu adalah isterinya sendiri. Sehingga isteri isteri yang tidak beraqal juga memerentah melebehi dari kuasa suaminya.

Maka itulah kuasa yang ingin dimiliki oleh ramai manusia. Suami ingin bermaharajalela dirumahnya, isteri pula ingin berkuasa menakluki suami, dan seterusnya. Mengapa tidak membina dunia dengan penghormatan, tentu ia lebih baik dari kuasa yang diberi.

Sunday, 27 November 2011

10. ROBOT MENJAGA PENJARA

Hari ini, aku baca dalam akhbar ada satu berita menarik, iaitu kemungkinan besar dimasa hadapan robot akan menjaga penjara. Berita ini aku baca dalam Kosmo.

Barangkali juga elemen manusia dalam pentadbiran banyak cacat celanya, khususnya dalam industri keselamatan yang  memerlukan pengawasan dan kawalan setiap masa. Setiap detik bermakna adanya risiko. Dalam bidang kawalan penjara, seandainya ada kealpaan, sedetik saja, sudah mungkin berlaku pergaduhan, pembunuhan, kecurian atau kelarian. Apa jua yang berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada pentadbiran penjara. Memperlihatkan ketidak effisyenan institusi tersebut. Bagaimana pun, mana bisa, kita berharap kepada tenaga manusia semata. Mereka perlukan istirehat bagi menumpukan daya konsentrasi yang tinggi. Keletihan dan kurang minat adalah punca utama kelemahan manusia. Ia membawa kealpaan, dan kealpaan itu boleh membawa bencana.

9. SATU ILHAM PETUA MENDIDIK ANAK

Dengan izin terbitan dari Ibu 'Ami Liya:


Berikut adalah diilhamkan kepada semua petua mendidik anak. Semoga ia memberi menafaat kepada kita semua, insyaallah.


Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

8. PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA KALAH LAGI

Aku rasa ingin bersorak. Aku ingin melonjak gembira melaungkan perkataan 'goal' apabila setiap kali pasukan bolasepak Malaysia bertanding. Tapi, aku selalu simpan saja niat ini, kerana aku sering merasa dalam hati, itu semua tidak mungkin berlaku,

Aku bukanlah peminat bola sepak, malahan jauh dari suka bermain bolasepak. Tapi aku punya semangat untuk menyorak pasukan negaraku.

Hari ini, aku rasa dalam hati, kalau pasukan Malaysia menang pun hanyalah nasib bukan atas 'skill'yang mereka punya. Tak tau mengapa, tapi itulah perasaanku.

7. JENAYAH MERENTASI SEMPADAN KELUARGA

Hari ini aku membaca dua berita dalam akhbar. Pertama seorang adik membunuh abangnya, gara gara hutang 50RM yang belum dibayar. Berita kedua, seorang anak menyembelih ibu tuanya yang berusia 75 tahun. Masyaallah.

Masa lalu, seseorang itu merasa selamat apabila hidup dalam pelukan keluarga. Rasa selamat apabila berada dirumah dengan dikelilingi keluarga. Tapi hari ini, semua itu sudah tidak relevan lagi. Manusia sudah hilang nilai kemanusiaannya. Mereka sudah tidak mengira siapa. Biar pun darah dagingnya sendiri, mereka sanggup melukakan, menganiayai dan membunuh. Siapakah yang hendak kita persalahkan apabila ini berlaku? Sistem kekeluargaan itu sendirikah, atau faktor faktor material lainnya sebagai penyebab. Orang kata dunia materialistik. Manusia sudah menjadi buta hatinya kerana sejumlah material yang tidak bernilai satu apa pun sudah melampaui batasan harga nyawa yang tidak dapat diujudkan dengan tangan mereka.
Mungkin juga, kesibokan mencari harta dunia, manusia sudah hilang keakraban nilai keluarga yang perlu dipupuk  berlandaskan kemesraan, kasih dan sayang.!

6. MENGAPA MANUSIA MELANGGAR NORMA

Manusia pada dasarnya sukakan kebebasan. Mereka ingin bebas berfikir, bebas melakukan sesuatu mengikut naluri rasanya, bebas barangkali dalam segala galanya. Bagaimana pun kebebasan itu tidak mungkin diperolehinya secara total, kerana ia mungkin menerebus kepada keamanan individu individu lainnya.

Dalam kehidupan masyarakat, kebebasan manusia dibatasi dengan norma norma kehidupan tertentu yang sudah diterima pakai oleh kaumnya bagi menjamin keamanan sosial yang menjurus kepada penghormatan antara satu dan lainnya. Bagaimana pun keamanan menyeluruh agak sukar diterapkan kerana disana sini, mungkin ada individu yang merasakan sekatan kebebasan itu mengongkong, apatah lagi apabila ditambah faktor faktor lain yang membendong keenakan kehidupan mereka.

Bertolak dari hakikat manusia yang sukakan kebebasan itu, ia membawa kepada perangai suka menerima tapi tidak suka memberi. Menerima bererti menambah sesuatu kepada dirinya, manakala memberi membawa maksud mengurangi apa yang ada. Umpamanya membayar tol, mungkin ramai yang tidak suka. Kalau boleh mereka mau perjalanan percuma. Begitu juga kalau membayar cukai, kalau boleh tidak perlu ada cukai cukaian. Itu belum lagi sehingga membayar hutang piutang dan lain lainnya. Pokoknya semuanya kalau boleh gratis, apa salahnya. Kalau ada anak wanita ditepi jalan yang mau ikut padanya, tentu lagi diambil, pokoknya kalau percuma.

Namun itu semuanya tidak mungkin terjadi. Individu individu dalam masyarakat sudah akur dan bersetuju pada satu norma yang diterima pakai bersama iaitu undang undang dan peraturan. Apabila ia telah dipersetujui, maka semua orang dimestikan patuh. Jika tidak patuh, mereka sudah dikira melanggar norma masyarakat.

Bertitik tolak lagi dari hakikat manusia yang inginkan kebebasan, kebebasan itu bermakna tiada sekatan untuk berbuat sesuatu sebagaimana naluri yang ada. Naluri utama manusia, adalah mau makan, mau tempat berteduh, mau hubungan intim dengan pasangan, mau harta, apa lagi. Andainya segala gala itu tiada batasannya, sudah tentu pengaruh pengaruh tabiat negatif merangsangi diri. Mau segalanya. Mau makan yang enak, ia jadi rebutan; mau tempat tinggal yang permai, ia juga jadi rebutan; mau pasangan yang kacak dan cantik, ia juga jadi rebutan, mau harta yang banyak, ini juga menjadi rebutan. Andainya naluri ini tinggi, sedangkan pendapatannya rendah, individu individu sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya, hatta mencuri, merogol, menipu dan pelbagai lagi. Kerana itu mereka melanggar norma masyarakat umum.

5. PENJARA DAN PENGERTIANNYA

Pada kebiasaannya, apabila kita menyebut penjara, ia membawa erti satu tempat kurungan bagi menahan mereka yang sudah dikatakan melanggar norma masyarakat sebagaimana yang sudah dibukukan. Tempat kurungan itu mungkin bermaksud sebuah tempat yang dilingkongi tembok tinggi, atau pagar berdawai duri atau hanya sebuah unit penempatan dimana seseorang itu dikehendakki tinggal tanpa boleh keluar darinya.

Maka bertolak dari perkara ini, apakah sebenarnya tujuan diadakan penjara atau tujuan memenjarakan tadi.
Secara kasarnya, keutamaan memenjarakan orang itu bermaksud untuk menahan diri mereka agar tidak melarikan diri atau menghilangkan diri atas sebab telah melanggar satu norma yang dipersetujui ramai sebagai tidak diterima.

Keduanya, adalah bagi meminggirkan orang orang yang dikategorikan bahaya kepada masyarakat khususnya kepada nyawa dan penganiayaan fizikal atas orang lain.

Ketiganya adalah untuk melaksanakan satu hukuman sebagai balasan kepada pelanggar norma sosial khususnya hukuman dera.

Keempat atas sebab yang lemah adalah untuk menghindar pengaruh seseorang itu dari mendatangkan kehuruharaan dalam masyarakat.

Seandainya keempat-empat faktor maksud ini dapat diterima maka masyarakat akan lebih jelas, siapa yang harus dipenjarakan dan siapa yang tidak perlu dipenjarakan.

Umpamanya seorang yang ditangkap kerana tidak berpuasa, adakah ia perlu dipenjarakan?
Mungkin tidak perlu, kerana ia tidak mengancam sesiapa secara fizikal. Orang yang ditangkap kerana mencuri, apakah perlu ia dipenjarakan.? Barangkali juga tidak perlu, kerana ia tidak termasuk dalam mana mana kategori maksud diatas.

Jadi apakah hukuman yang setimpal bagi mereka kerana mereka sudah nyata melanggar norma masyarakat. Jawabnya adalah melakukan kerja kerja sosial.

Seandainya prinsip begini dapat diamalkan bererti jumlah fizikal penjara sudah boleh dikurangkan. Tidak perlu banyak banyak. Yang perlu hanya penjara maya. Penjara yang berasaskan kepada pengawasan tidak fizikal.

Friday, 25 November 2011

4. SAAT YANG LALU

Dalam kehidupan, sudah tentu ada suka dan duka yang saling berganti pada masa masa yang telah ditentukan. Manusia hanya bagaikan satu kenderaan bagi emosi emosi ini dizahirkan. Sebagai manusia, beringatlah selalu apabila kita punya daya, gunakanlah ia sebaik baiknya untuk kesejahteraan bersama; kerana apabila kita tidak punya daya, tiada siapa yang mungkin akan bersama kita. Kawan, teman teman, malah keluarga sendiri akan melimparkan senyum sinis bagi mengambil hatimu yang sudah kesepian.

Apa pun jua, perkara yang berlalu jangan dikenang lagi, kerana ia sudah luput dalam lipatan sejarah. Manusia manusia hari ini yang ingin menelaah dan menganalisa, itu adalah akademik semata mata. Mungkin mereka mencari formula lalu yang terpakai, mungkin juga mereka mencari kesilapan lalu agar mereka tidak ulangi, untuk dijadikan sempadan dan tauladan.

Sehina hina manusia adalah mereka yang mementingkan nafsu diri sendiri. Merakus pada apa yang boleh dicapai, dan membaham apa yang boleh ditelan. Kepentingan kepentingan peribadi yang berunsurkan nafsu, hendaklah dijauhi. Ia tidak membawa apa makna dalam kehidupan kecuali kemewahan dan keriangan yang tidak seberapanya.

Allah maha besar, Allah maha adil, telah mengurniakan setiap insan itu dengan sebesar besar kurnia dalam kehidupan. Biar besar mana ia, biar pun sekecil mana ia, semuanya sama rasanya. Yang gembira tetap gembira, yang berduka tetap berduka.

Sebaik baik keimanan, bertawakallah pada Yang Maha Kuasa dan lupakanlah kehebatan dan penderitaanmu kerana ia semua takdir dalam tadbiran Allah jua. Barangkali itulah namanya pengorbanan.

Thursday, 24 November 2011

3. PENGURUSAN P&T

Ilmu pengurusan kini telah bercambah dengan meluas, hasil pengalaman yang diperturunkan samada dalam bentuk penulisan dibuku atau media lainnya. Negara dan individu, boleh memilih dari serangkaian ilmu pengurusan yang ada, samada dari timor atau dari barat, mengikut citarasa dan keutamaan kepercayaan mereka sendiri.

Apa jua pilihan yang dibuat, ia ada baik dan ada kelemahannya. Negara negara barat dengan sistem pengurusannya telah berkembang maju, negara negara timor juga dengan acuan pengurusannya yang tersendiri juga telah beroleh kemajuan mereka.

Apa pun jua pilihan yang dibuat, kita tidak dapat lari dari faktor utama yang mengendalikannya. Iaitu manusia. Kata orang, manusia membina dan manusia juga meruntuhkannya. Mungkin sudah hakikat kejadiannya.
Oleh kerana ia bersandarkan kepada faktor manusia, pengurusan yang sebaiknya adalah pengurusan yang melibatkan pentadbir turun padang. Ini juga punya kelemahannya, kerana apabila pentadbir turun, scenario yang berbeda pula dipamirkan.

Maka, pada pandangan saya, pengurusan yang terbaik adalah pengurusan pandang dan tegor atau singkatnya Pengurusan P&T. Ia mudah saja. Setiap kali, pentadbir, supervisor atau mana mana individu dalam organisasi dalam lawatan rasmi atau suka suka, ternampak sesuatu yang tidak kena. Maka betulkanlah. Jalan raya umpamanya, yang berlubang. Tidak mungkinkah ada pehak yang bertanggungjawab melalui kawasan itu. Tentu ada. Mengapa tidak catat, dan ambil tindakan selanjutnya apabila kembali kepejabat mereka.

Menangani harga barang barang yang melambung naik, tidak mungkinkah ada anggota dari jabatan berkaitan pergi membeli belah. Tentu ada. Mengapa tidak dicatatkan dan ambil tindakan.

Penjualan video video haram. Tidak adakah anggota dari penguatkuasanya yang berjalan jalan dipasar malam bersama keluarga. Mengapa tidak dicatatkan untuk tindakan. Andainya semua anggota organisasi menjadi mata dan kepala organisasi. Tidak mungkin perkara perkara sukar tidak dapat diatasi atau terlepas pandang.

2. ILMU

Cuti sekolah sudah pun tiba. Anak anak entah kemana perginya. Ada yang terjun dan mandi sungai, ada yang melepak sahaja di mall, ada yang melepak dihadapan komputer.
Orang bilang ilmu itu ada dimana mana. Pengalaman adalah pengajaran yang amat berharga. Kejerihan pahit dan susah, senang dan gembira, menjadikan bibit bibit pengajaran dalam hati dan minda manusia, yang tidak terhingga. Yang mana mungkin meninggalkan kesan yang amat mendalam dan diingati hingga bila bila masa.
Zaman ini, dengan adanya ledakan ilmu melalui pengantaran internet, talipon, dan pelbagai media lagi, ia menjadi sesuatu yang barangkali sudah tidak terkawal. Ada ilmu yang memberi kebaikan dan ada juga yang membawa padah yang buruk.
Ibu bapa senantiasa mengharapkan yang terbaik bagi anak anak mereka. Atas curahan kasih sayang, segala galanya mungkin diadakan untuk memberi kemudahan kepada anak anak. Mereka mudah percaya dan memberi kebebasan kepada anak anak memilih dengan berharapkan mereka bertanggungjawab. Bagaimana pun tidak semua membawa hasil yang diingini.
Mengapa tidak, isikan masa percutian anak anak anda dengan aktiviti aktiviti berguna. Daftarkanlah mereka untuk percutian sambil belajar dalam English Camp kami. Ia penuh dengan aktiviti aktiviti yang menceriakan dan dipenuhi dengan ilmu yang memberi munafaat. Hubungi kami di nytcenter.com untuk pertanyaan.

1. MINDA DAN EMOSI

Orang tua tua selalu berkata, gunakanlah aqal, jangan ikutkan rasa, nanti binasa. Barangkali, apa yang dikatakan benar pada situasi situasi tertentu. Bagiku, orang yang tertumpu penuh pada aqal, akan menjadikan mereka sebagai robot, yang bertindak dan bergerak mengikut lunas lunas yang telah dimeterai dalam benak fikirannya. Emosi, bagiku, sama pentingnya. Kerana ia memberi tafsiran sesuatu keadaan, sebelum dianalisakan oleh aqal.
Oleh itu aqal dan emosi perlu diimbangi. Barulah satu keputusan yang sesuai dapat dicapai.