Batasan kuasa manusia sebenarnya adalah terletak pada aqal, tetapi bagi yang kurang aqalnya batasannya adalah perasaan takut. Hanya perasaan takut dapat menghalang dan mengunci tatakelakuan seseorang itu samada ia akan patuh, lari atau menamatkan riwayat penghidupannya.
Manusia barangkali mungkin tidak akan bersujud kepada tuhan kalau tidak kerana takut. Mereka mungkin takut pada perkara perkara ghaib yang mengancam ketenteraman mereka, maka mereka mencari alternatif bagi kuasa positif sebagai penyelamat. Mereka mungkin takut kepada balasan balasan neraka, kerana itu mereka juga menyerah. Pokoknya disini, mereka tiada daya untuk melawannya. Andainya mereka berupaya mengatasinya, mereka akan mungkar lagi dan mengaku dirinyalah yang berkuasa mengatasi perkara perkara tersebut.
Melalui liputan sejarah, bagaimana sesetengah manusia boleh mengaku dirinya tuhan? Mungkin mereka mempunyai kuasa keatas yang lainnya. Samada keatas manusia manusia yang menjadi pengikutnya atau keatas alam sekitarnya secara magis atau secara kebetulan sahaja.
Bagi mereka yang kurang beraqal, inilah padahnya apabila mendapat kuasa. Mereka akan berbuat sesuka hatinya. Mengadakan undang undang dan peraturan yang memehak kepadanya. Mereka suka mendapat immuniti bagi dirinya. Kalau orang lain dihukum, bagi dirinya dikebalkan dengan kuasa undang undang atau peraturan yang telah direka.
Menyorot kepada sejarah raja raja di Britain, bagaimana mereka sanggup memenggal kepala permaisuri mereka, hanya kerana ingin memenuhi nafsu durjana mereka mendapatkan permaisuri yang lain. Alasan, mudah dicari, kerana semua manusia tidak sempurna.
Kalau kita menyingkap pula lipatan sejarah Melaka, sebagaimana yang diceritakan, bagaimana seorang raja yang begitu berghairah menggunakan kuasa melarikan tunang orang untuk dijadikan permaisurinya, malahan puteri bunian yang berada digunung ledang pun hendak dipikat menjadi permaisurinya. Begitulah kecetekan aqal manusia apabila berkuasa.
Kadang kadang dunia ini ganjil. Ada manusia yang berkuasa dan digeruni ramai, boleh patah dan takut pada pasangannya. Tentulah pasangannya itu adalah isterinya sendiri. Sehingga isteri isteri yang tidak beraqal juga memerentah melebehi dari kuasa suaminya.
Maka itulah kuasa yang ingin dimiliki oleh ramai manusia. Suami ingin bermaharajalela dirumahnya, isteri pula ingin berkuasa menakluki suami, dan seterusnya. Mengapa tidak membina dunia dengan penghormatan, tentu ia lebih baik dari kuasa yang diberi.
No comments:
Post a Comment