Dalam kehidupan manusia, dari kecil hinggalah kedewasa, akan berubah wataknya mengikut masa dan persekitarannya.Semakin berkembang aqalnya semakin luas pandangannya, dan semakin baik adaptasinya kepada environmen.
Pembentukan pembentukan ini, pada biasanya tidak kita sedari, kerana otak punya fungsi yang unik, menafsir dan mencernakan situasi situasi tertentu untuk diadaptasikan oleh perwatakan manusia.
Pada dasarnya ada beberapa tatacara mengapa watak manusia boleh berubah. Berikut adalah sebahagian darinya:
1. Atas kehendak hatinya sendiri, iaitu dengan memimik watak watak yang ia sukai, atau yang mempunyai pengaruh besar dalam jiwanya. Dalam proses ini, selalunya seseorang individu itu rasa terpegun dan merasakan ianya baik atau 'cool' untuk diadaptasikannya. Umpamanya merokok. Gaya seperti koboi, atau James Bond atau pemimpin pemimpin yang disayangi atau dikagumi.
2. Berubah atas tekanan yang hebat memaksa ia mengadaptasikan watak baru. Perwatakan ini berubah untuk membolehkan individu itu hidup dalam suasana yang nyaman dalam sesuatu keadaan atau kelompok, maka ia mengadaptasikan watak yang sesuai dengan tekanan itu. Umpamanya dalam kemelesetan ekonomi, ada individu individu yang berubah menjadi penjenayah atau berkelakuan kasar untuk menstabilkan diri mereka.
3. Berubah kerana tekanan yang bertubi tubi terhadap dirinya. Ini berlaku apabila setiap hari mungkin seseorang individu itu dibuli dan dihina, menyebabkan mereka berubah menjadi penentang atau mengikut acuan watak yang ditekan tubi keatasnya.
4. Watak manusia berubah atas sebab halangan yang ada sudah hilang. Watak ini mungkin watak semula jadi yang tertekan kerana perasaan takut pada satu waktu. Apabila rasa takut itu tiada, dan mereka mendapat posisi yang baik untuk menunjukkan taringnya, maka mereka pun menunjukkan wataknya yang sebenar.
Pemahaman pemahaman kepada pembentukan watak ini amat berguna dalam membentuk watak manusia dalam environmen pemulihan.
No comments:
Post a Comment