Dewasa ini, kalau diperhatikan, terdapat banyak sekali syarikat dan organisasi yang mengendalikan tugas keselamatan. Samada ia merupakan syarikat yang berwibawa atau tidak, pokoknya mereka memberi perkhidmatan keselamatan.
Sebenarnya perkhidmatan keselamatan adalah sukar, kerana ia memanggil seluruh tumpuan jiwa dan raga individu kearahnya. Maksudnya, individu yang bergelumang dalam perkhidmatan ini, bukan saja harus tau teknik, tapi perlu senantiasa mempunyai pemikiran keselamatan didalam benaknya. Seandainya itu tiada, keselamatan boleh menjadi longgar, dan aktiviti aktiviti keselamatan akan berkisar kepada peranan mengongkong atau mengawal.
Kalau kita perhatikan di mall mall, macam mana gelagat seorang pengawal menjaga kedai kedai emas. Satu mungkin dari sudut usianya. Tapi itu tidak penting, yang lebih penting adalah tumpuannya. Terkadang kadang, ada kita melihat pengawal yang tidor dikerusi dengan pump gun ditangan. Macam mana ya kawalannya? Ada pula yang menunjukan bengisnya. Agak agak, adakah orang yang hendak masuk kedai emas itu?
Petugas petugas dalam industri keselamatan sewajarnya dilatih. Andainya tidak mereka akan terbawa bawa dengan konsep mereka sendiri. Mungkin ada yang bengis, mungkin ada yang terlalu flexible, dan ada yang tidak ambil pusing pada perkara perkara persekitarannya. Lebih teruk lagi bila ia egois.
Tugas keselamatan adalah berat. Ia merangkumi semua fakulti diri, seperti kebijaksanaan, kekuatan emosi, kecekapan, kekuatan mental dan fizikal, pengetahuan, ketangkasan. dan pelbagai lagi. Pendek kata ia memerlukan kesemarakan ketujuh tujuh panca indera manusia.
Berbalik kita kepada tajuk pemikiran petugas keselamatan. Apakah yang perlu ada dalam pemikiran mereka?
Dalam pemikiran mereka perlu ada:
1. Ujudkan situasi selamat.
2. Pastikan diri kita selamat.
3. Pastikan perkara yang diawasi selamat.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment