Pada kebiasaannya, apabila kita menyebut penjara, ia membawa erti satu tempat kurungan bagi menahan mereka yang sudah dikatakan melanggar norma masyarakat sebagaimana yang sudah dibukukan. Tempat kurungan itu mungkin bermaksud sebuah tempat yang dilingkongi tembok tinggi, atau pagar berdawai duri atau hanya sebuah unit penempatan dimana seseorang itu dikehendakki tinggal tanpa boleh keluar darinya.
Maka bertolak dari perkara ini, apakah sebenarnya tujuan diadakan penjara atau tujuan memenjarakan tadi.
Secara kasarnya, keutamaan memenjarakan orang itu bermaksud untuk menahan diri mereka agar tidak melarikan diri atau menghilangkan diri atas sebab telah melanggar satu norma yang dipersetujui ramai sebagai tidak diterima.
Keduanya, adalah bagi meminggirkan orang orang yang dikategorikan bahaya kepada masyarakat khususnya kepada nyawa dan penganiayaan fizikal atas orang lain.
Ketiganya adalah untuk melaksanakan satu hukuman sebagai balasan kepada pelanggar norma sosial khususnya hukuman dera.
Keempat atas sebab yang lemah adalah untuk menghindar pengaruh seseorang itu dari mendatangkan kehuruharaan dalam masyarakat.
Seandainya keempat-empat faktor maksud ini dapat diterima maka masyarakat akan lebih jelas, siapa yang harus dipenjarakan dan siapa yang tidak perlu dipenjarakan.
Umpamanya seorang yang ditangkap kerana tidak berpuasa, adakah ia perlu dipenjarakan?
Mungkin tidak perlu, kerana ia tidak mengancam sesiapa secara fizikal. Orang yang ditangkap kerana mencuri, apakah perlu ia dipenjarakan.? Barangkali juga tidak perlu, kerana ia tidak termasuk dalam mana mana kategori maksud diatas.
Jadi apakah hukuman yang setimpal bagi mereka kerana mereka sudah nyata melanggar norma masyarakat. Jawabnya adalah melakukan kerja kerja sosial.
Seandainya prinsip begini dapat diamalkan bererti jumlah fizikal penjara sudah boleh dikurangkan. Tidak perlu banyak banyak. Yang perlu hanya penjara maya. Penjara yang berasaskan kepada pengawasan tidak fizikal.
No comments:
Post a Comment