PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Thursday, 24 November 2011

3. PENGURUSAN P&T

Ilmu pengurusan kini telah bercambah dengan meluas, hasil pengalaman yang diperturunkan samada dalam bentuk penulisan dibuku atau media lainnya. Negara dan individu, boleh memilih dari serangkaian ilmu pengurusan yang ada, samada dari timor atau dari barat, mengikut citarasa dan keutamaan kepercayaan mereka sendiri.

Apa jua pilihan yang dibuat, ia ada baik dan ada kelemahannya. Negara negara barat dengan sistem pengurusannya telah berkembang maju, negara negara timor juga dengan acuan pengurusannya yang tersendiri juga telah beroleh kemajuan mereka.

Apa pun jua pilihan yang dibuat, kita tidak dapat lari dari faktor utama yang mengendalikannya. Iaitu manusia. Kata orang, manusia membina dan manusia juga meruntuhkannya. Mungkin sudah hakikat kejadiannya.
Oleh kerana ia bersandarkan kepada faktor manusia, pengurusan yang sebaiknya adalah pengurusan yang melibatkan pentadbir turun padang. Ini juga punya kelemahannya, kerana apabila pentadbir turun, scenario yang berbeda pula dipamirkan.

Maka, pada pandangan saya, pengurusan yang terbaik adalah pengurusan pandang dan tegor atau singkatnya Pengurusan P&T. Ia mudah saja. Setiap kali, pentadbir, supervisor atau mana mana individu dalam organisasi dalam lawatan rasmi atau suka suka, ternampak sesuatu yang tidak kena. Maka betulkanlah. Jalan raya umpamanya, yang berlubang. Tidak mungkinkah ada pehak yang bertanggungjawab melalui kawasan itu. Tentu ada. Mengapa tidak catat, dan ambil tindakan selanjutnya apabila kembali kepejabat mereka.

Menangani harga barang barang yang melambung naik, tidak mungkinkah ada anggota dari jabatan berkaitan pergi membeli belah. Tentu ada. Mengapa tidak dicatatkan dan ambil tindakan.

Penjualan video video haram. Tidak adakah anggota dari penguatkuasanya yang berjalan jalan dipasar malam bersama keluarga. Mengapa tidak dicatatkan untuk tindakan. Andainya semua anggota organisasi menjadi mata dan kepala organisasi. Tidak mungkin perkara perkara sukar tidak dapat diatasi atau terlepas pandang.

No comments:

Post a Comment