Trup tindakan cepat atau singkat TTC telah dinukilkan namanya oleh Tuan Wan Nazarie Wan Mahmood. Trup ini diujudkan sebagai elit squad bagi menangani pelbagai karenah yang mungkin berlaku dipenjara. Maklum saja, malang itu tidak berbau, dan setiap saat dalam penjara memungkinkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Unit sedang mengadakan latihan menyerbu kediaman, dalam penjara ia berguna dalam serbuan kedalam sel.
Unit sedang berlatih keberanian dan tatacara memerangkap musuh.
Unit sedang berlatih menuruni bangunan. Cara ini digunakan dalam serbuan dari atas atau menuruni dinding penjara sebelum pecah masuk melalui ruang ruang yang ada.
Unit berlatih menggunakan smoke grenade dan bertahan.
Dalam pembinaan trup ini, pehak jabatan telah memikirkan untuk melengkapkan mereka bukan sahaja tangkas dari pergerakannya dengan taktik dan teknik mengatasi permasaalahan yang ada, mahir dalam pertempuran tanpa senjata, boleh beraksi sebagai penembak tepat, berani, dan dilengkapi dengan ilmu yang tinggi dalam seni mempertahankan diri. Prinsip dari penubuhan trup ini adalah untuk meleraikan sesuatu kejadian yang tidak diingini secepat mungkin tanpa berlakunya pertumpahan darah. Justeru itu mereka juga perlu dilengkapkan dengan aqal pemikiran yang dinamakan negotiasi yang bijak.
Bagi memastikan kecekapan trup ini, mereka perlu senantiasa berlatih agar tindakan tindakan mereka 'precise' dan dapat menyelamatkan nyawa nyawa yang terancam.
No comments:
Post a Comment