PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Wednesday, 30 November 2011

17. PERKHIDMATAN MEDICAL PENJARA

Didalam tempat yang tertutup seperti penjara, tahap kebersihan yang tinggi perlu diutamakan. Andainya tidak penyakit penyakit berjangkit mudah merebak. Satu phenomena penyakit berjangkit yang sering berlaku dalam penjara adalah penyakit kulit. Puncanya pengudaraan yang kurang memuaskan ditambah lagi penghuni penghuni tidak mengambil berat tentang kesihatan mereka. Selain dari itu, sakit mata juga merupakan antara penyakit penyakit berjangkit yang kerap terkena kepada penghuni.

Sebagai pehak yang bertanggongjawab, prinsip menjaga banduan adalah, memastikan sebagaimana ia masuk begitulah ia keluar, tidak kurang satu apa pun kecuali pulang dengan perangai yang baik. Kalau semasa dia masuk ada dua mata, maka dia keluar dengan dua mata itu. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana keperluan yang tinggi bagi memastikan bahawa banduan banduan tidak merana mendapat penyakit atau mendapat sebarang kecelakaan didalam penjara yang boleh mendatangkan kecacatan kekal kepada mereka, sekumpulan staff medical adalah diperlukan. Perkara ini sebenarnya sudah bertahun tahun diperjuangkan oleh pehak penjara. Bermula dengan cuba mendapatkan doktor dari pehak Kementerian Kesihatan, tapi selalu gagal. Jika ada pun mereka tidak bertahan lama. Paling lama setahun mereka berkhidmat dan mereka pergi. Pembantu pembantu perubatan juga sukar untuk diperolehi. Mereka yang pehak jabatan temui, semuanya adalah pesara, dan sebagai pesara mereka ingin bekerja ditempat sendiri atau kampong halaman mreka. Pehak jabatan juga, ada terfikir untuk mengadakan doktor sendiri, tapi ia tidak mungkin kerana bertindih tugas dengan pehak Kementerian Kesihatan. Cara terbaik adalah mendapatkan doktor pelawat berkala kepenjara dari Hospital berdekatan, tapi itu juga tidak konsisten. Doktor datang mengikut jadual mereka sendiri.

Hendak tak hendak, perkhidmatan ini perlu diswastakan. Begitu pun tidak semua pehak mau mengendalikannya, atas sebab tidak suka bekerja dalam environmen tertutup dan bahaya mengikut mereka. Pehak Jabatan tidak dapat menyalahkan mereka atas perkara ini, kerana dalam lipatan sejarah, pernah berlaku doktor dijadikan tebusan dalam penjara.

Hubungan doktor dan banduan sakit adalah longgar keselamatannya, kerana ia perlu sentuhan fizikal, dan atas sebab kekurangan tenaga kawalan. Anggota penjara juga ada ketikanya perlu menjadi pembantu bagi memberi ubat, dan ini mengurangkan lagi tumpuan keselamatan atas situasi.

Perkara yang terbaik adalah membuka perkhidmatan tersebut kepada pakar swasta untuk mengendalikannya. Membuka perkhidmatan penuh iaitu keperluan lengkap kesihatan yang cukup dengan doktornya, pembantu dan ubat-ubatan, Pegawai penjara dengan ini dapat dilegakan dari tugasan ini dan melaksanakan tugas hakiki mereka iaitu tertumpu kepada keselamatan.

Malangnya pehak penjara belum lagi bersedia kearah perubahan ini.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment