Dalam kehidupan, sudah tentu ada suka dan duka yang saling berganti pada masa masa yang telah ditentukan. Manusia hanya bagaikan satu kenderaan bagi emosi emosi ini dizahirkan. Sebagai manusia, beringatlah selalu apabila kita punya daya, gunakanlah ia sebaik baiknya untuk kesejahteraan bersama; kerana apabila kita tidak punya daya, tiada siapa yang mungkin akan bersama kita. Kawan, teman teman, malah keluarga sendiri akan melimparkan senyum sinis bagi mengambil hatimu yang sudah kesepian.
Apa pun jua, perkara yang berlalu jangan dikenang lagi, kerana ia sudah luput dalam lipatan sejarah. Manusia manusia hari ini yang ingin menelaah dan menganalisa, itu adalah akademik semata mata. Mungkin mereka mencari formula lalu yang terpakai, mungkin juga mereka mencari kesilapan lalu agar mereka tidak ulangi, untuk dijadikan sempadan dan tauladan.
Sehina hina manusia adalah mereka yang mementingkan nafsu diri sendiri. Merakus pada apa yang boleh dicapai, dan membaham apa yang boleh ditelan. Kepentingan kepentingan peribadi yang berunsurkan nafsu, hendaklah dijauhi. Ia tidak membawa apa makna dalam kehidupan kecuali kemewahan dan keriangan yang tidak seberapanya.
Allah maha besar, Allah maha adil, telah mengurniakan setiap insan itu dengan sebesar besar kurnia dalam kehidupan. Biar besar mana ia, biar pun sekecil mana ia, semuanya sama rasanya. Yang gembira tetap gembira, yang berduka tetap berduka.
Sebaik baik keimanan, bertawakallah pada Yang Maha Kuasa dan lupakanlah kehebatan dan penderitaanmu kerana ia semua takdir dalam tadbiran Allah jua. Barangkali itulah namanya pengorbanan.
No comments:
Post a Comment