Hari ini, aku baca dalam akhbar ada satu berita menarik, iaitu kemungkinan besar dimasa hadapan robot akan menjaga penjara. Berita ini aku baca dalam Kosmo.
Barangkali juga elemen manusia dalam pentadbiran banyak cacat celanya, khususnya dalam industri keselamatan yang memerlukan pengawasan dan kawalan setiap masa. Setiap detik bermakna adanya risiko. Dalam bidang kawalan penjara, seandainya ada kealpaan, sedetik saja, sudah mungkin berlaku pergaduhan, pembunuhan, kecurian atau kelarian. Apa jua yang berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada pentadbiran penjara. Memperlihatkan ketidak effisyenan institusi tersebut. Bagaimana pun, mana bisa, kita berharap kepada tenaga manusia semata. Mereka perlukan istirehat bagi menumpukan daya konsentrasi yang tinggi. Keletihan dan kurang minat adalah punca utama kelemahan manusia. Ia membawa kealpaan, dan kealpaan itu boleh membawa bencana.
No comments:
Post a Comment