Bertahun tahun bertugas menjaga manusia, ada satu perkara yang boleh diperhatikan senantiasa menggalangi segala kemurniaan jiwa manusia, iaitu sikap. Bagiku manusia itu sebenarnya adalah merupakan insan insan yang baik, jika mereka dapat mengendalikan sikap mereka.
Bagaimana pun ia mungkin satu perkara yang sukar, kerana zahirnya sikap itu banyak bergantung kepada pengaruh pembesaran dan persekitaran. Pengaruh pendidikan, pengaruh rakan sebaya, pengaruh TV dan filem, pendek kata, terlalu banyak elemen yang boleh disabitkan dalam mempengaruhi sikap manusia. Ia membentuk naluri rasa dan corak pemikiran manusia. Umpamanya mereka yang datang dari organisasi besar dan gah, ramai yang berego tinggi. Faktor ini mungkin menyabitkan diri individu mereka kepada organisasi yang dianuti. Apabila seseorang itu datangnya dari organisasi yang rendah, mungkin sikapnya juga berbeda, banyak merendah diri, begitulah seterusnya.
Walau apa pun jua, mereka, samada datang dari tahap dan taraf yang tinggi, tidak bermakna mereka itu orang orang yang tidak baik, begitu juga sebaliknya.
Bermula manusia ini dikatakan orang dilahirkan sebagai kain yang putih. Cara pendidikan awal yang tidak formal dari ibu bapa adalah punca kepada penerimaan atau penolakan pengaruh pengaruh lain dipersekitarannya.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment