PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Thursday, 1 December 2011

20. SEKOLAH INTERGRITI PENJARA

Anak anak adalah mutiara ibu bapa. Harapan setiap pasangan, dan doa agar mereka maju jaya dalam kehidupan dan peroleh berkah dari apa yang diusahakan. Ibu bapa yang malang adalah apabila anak anak tidak berjaya dalam hidupnya dan menjadi orang yang dihina masyarakat. Lebih malang lagi andainya mereka dimasukkan kepusat pusat tahanan, kemungkinan besar gelap masa depannya.

Memang benar, rezeki bukan manusia yang menentukannya. Ia adalah kuasa Allah swt. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyempitkan hidup kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya. Akan tetapi manusia itu tidak dibiarkan begitu saja, menyerah kepada nasib; sebaliknya diberi mukjizat ulung iaitu doa. Dengan berkat doa, manusia yang benar benar beriman harus dimakbulkan, tetapi yang malas berdoa, kemungkinan besar akan begitulah selamanya.

Doa itu adalah usaha. Mereka yang rajin bekerja, tidak kira siapa, dan apa kepercayaannya, insyaallah akan dimakbulkan usahanya itu.

Begitu juga gerangan anak anak yang masuk pusat pusat tahanan. Jika tidak diberi ruang dan peluang, samalah seperti kita menutup pintu rezekinya sebelum Allah menentukannya.

Berprinsipkan kepada hasrat ingin menolong mereka yang lemah dan tidak berupaya, maka terjana pemikiran untuk meujudkan sekolah dalam penjara. Sekolah yang bukan sekadar memberi ilmu tetapi memberi peluang kepada mereka yang ingin berusaha.

Hasrat sebenar untuk meujudkan sekolah vokasyional sebagaimana kolej kommuniti, tapi nampaknya apabila diambil alih oleh kementerian pendidikan ia telah menjadi sekolah biasa saja.

Mungkin ramai pun tau, seseorang bekas banduan penjara barangkali sukar untuk mendapat kerja diluar, maksudnya bekerja dengan majikan; bukan kerana kurang pelajarannya, atau kurang kemahirannya, tapi hanya kerana kepercayaan terhadap mereka. Kalau dapat dusahakan sekolah Intergriti alah sekolah vokesyional, rasanya akan memberi faedah yang lebih, dan dalam masa yang sama akan memantapkan lagi program pemulihan penjara.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

2 comments:

  1. itulah yang dikatakan rancang lain jadi lain...

    ReplyDelete
  2. Memang benar, harap harap pentadbiran hari ini dapat menyemak semula akan keperluannya.

    ReplyDelete