PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Sunday, 18 December 2011

37. MEMBINA ANGGOTA YANG JITU

Membina tenaga yang berwibawa dalam organisasi buka sesuatu mudah tetapi memberi kepuasan atas tugas yang dilakukan.

Dalam perkembangan pembinaan tenaga manusia di penjara, keutamaan pemilihan subjek pelajaran amatlah penting. Ia perlu selaras dengan keperluan kerja yang akan dilaksanakan kelak.

Pada tahun 1952, Jabatan Penjara hanya mempunyai sebuah pusat latihan, iaitu yang berada di Taiping, Perak. Ia sebuah bangunan lama, terdiri pada awal bangunan bangunan kayu peninggalan pehak tentera. Apabila jabatan mengambilnya penambahan demi penambahan segi fizikal telah dibuat. Hari ini ia hampir lengkap semuanya ada. Salah sebuah stadium tertua terletaknya disini, iaitu Stadium Sultan Yusuf.

Lebih kurang tahun 1985, Maktab Penjara telah ditubuhkan. Ia tidak berupa sebagai pusat latihan pun kerana ia menggunakan apartmen yang sama dengan penghuni tugas penjara.

Kedua dua pusat latihan ini, akhirnya berfungsi untuk sekian lamanya. Fizikal kedua dua tempat berubah dari masa kesemasa mengikut peruntukan pembangunan yang ada.

Sungguh pun, pehak jabatan telah ada dua pusat latihan tetapi sedikit saja tekanan yang diberi pada kurikulum yang ada. Samada latihan untuk warder atau pegawai, bentuk latihannya masih serupa.

Menyedari keadaan ini, dengan kerjasama komandan Maktab ketika itu, iaitu Tuan Wan Nazarie, kurikulum baru untuk anggota anggota penjara mula dibentuk. Pada awalnya, kurikulum penjara dibahagikan kepada 2.
1.  Kurikulum asas Pegawai Penjara.
2.  Kurikulum asas Pegawai.

Dalam aturan ini, semua anggota baru wajib mengikuti latihan asas warder, manakala kurikulum pegawai, bagi yang baru menyertai organisasi, diwajibkan mengikuti kursus asas warder dan terus melanjutkan dengan kurikulum pegawai. Bagi anggota pegawai yang telah ikuti kursus asas warder, mereka hanya perlu hadir kursus pegawai saja. Cara ini menjimatkan masa bagi anggota agar tidak mengikuti kursus berulang dan penjara punya tenaga tambahan untuk beberapa bulan lagi.

Bagaimana pun ramai yang keliru, khususnya mereka yang menjadi pegawai disebabkan tidak mau ikuti kursus warder. Dalam masa yang sama juga, organisasi melihat keanggotaan penjara terbagi kepada 3 tahap iaitu:
1. Operation.
2. Supevisory
3. Management.

Dari asas kategori ini, Tn Wan Nazri mendapat ilham meujudkan 3 peringkat sijil iaitu sijil rendah, menengah dan tinggi. Baik juga ideanya. Maka idea ini telah dilaksanakan.

Dalam proses perlaksanaan kurikulum ini, pihak organisasi berhasrat untuk memberi ruang kepada anggota anggota rendah menimba ilmu keluar negara. Pada kebiasaannya, bila keluar negara, rata rata hanya pegawai kanan sahaja yang berpeluang.

Idea disalurkan kepada Tn Nordin, untuk melaksanakannya. Akhirnya ketetapan dibuat agar setiap tahun anggota yang cemerlang di hantar keluar negara. Untuk anggota rendah, kawasan liputan lawatannya adalah sekitar Asia Tenggara, kumpulan menengah liputannya lebih meluas merangkumi negara timor jauh, dan pegawai pegawai kanan keseluruh negara.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment