PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Friday, 16 December 2011

35. MENGENDALIKAN SIDANG AKHBAR

Berita amat penting untuk semua. Ada yang suka kisah kisah jenayah, ada yang suka membaca kisah kisah seram, ada yang suka membaca kisah kisah yang boleh memberi motivasi dan tidak kurang ada juga yang suka melihat kejatuhan orang lain, terserahlah pada niat dan budi seseorang itu.

Oleh itu, apa jua yang boleh dijadikan berita khususnya yang memberi impak sensasi perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin, kerana ia bisa memberi kesan baik atau buruk pada individu mau pun organisasi.

Apabila pemberita menghampiri seseorang itu, mereka datang dengan beberapa matlumat yang telah mereka perolehi. Oleh itu, kalau kita berbohong, mereka pun tau juga, kerana mereka boleh mendapat berita itu dari banyak sumber. Bagaimana kita hendak mengendalikan pemberita. Andainya kita tidak punya matlumat, lebih baik mengelakkan diri dari mereka, tetapi seandainya terperangkap, terus terang beritau kepada mereka, siasatan sedang dibuat, dan mereka akan diberitau kelak perkembangannya.

Bagaimana hendak mengendalikan sidang akhbar. Teknik dan cara adalah terpulang kepada individu.

Apabila sidang akhbar diadakan, ia bermaksud untuk menjelaskan sesuatu keadaan atau memberi matlumat bersabit sesuatu perkara, hatta memperkenalkan produk juga memerlukan sidang akhbar.

Apabila mengendalikan sidang akhbar, seseorang itu harus malahan mesti mempunyai fakta fakta yang tepat bersabit hal yang hendak dibicarakan. Dengan fakta yang ada, kita boleh menapis sendiri, yang mana boleh di maklumkan dan yang mana perlu disampaikan dengan berhati hati agar jelas.

Kebiasaannya pertanyaan mereka berkisar kepada Apa dan Mengapa. Menjawab soalan apa, adalah menerangkan situasi, manakala soalan mengapa, hendaklah dijawab mengikut logik keadaan dan fakta bagi menyokongnya.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment