Apabila menyentuh subjek watak, semua yang mengendalikan unsur perubahan sikap perlu mengetahuinya. Biar pun dipusat pusat pemulihan akhlak, penjara, universiti malah disekolah perlu tau elemen ini.
Seorang teman pernah bercerita padaku. Katanya, Nabi Sulaiman as, sewaktu duduk disinggahsananya; baginda memakai jubah pentadbir yang amat gemilang. Berhadapan dengan ramai pembesar dan lain lain makhluk Allah dalam mentadbirkan kerajaan baginda. Semua makhluk tuhan terpegun melihat baginda. Satu hari, seorang hamba Allah datang berjumpa baginda. Ketika itu baginda ditempat persalinannya. Apabila hamba Allah ini masuk kekamarnya, beliau terperanjat melihat Nabi Sulaiman as itu yang ketika itu tidak memakai jubahnya. Orang itu melihat bahawa pakaian nabi tidak seperti yang tergambar sewaktu beliau disinggahsananya. Pakaian terdapat lubang dan koyak. Wallahualam.
Aku pun tidak menyiasat samada cerita itu benar atau tidak, tapi apakah pelajaran disebaliknya?
Pelajaran yang boleh ditimba dari kisah itu adalah tidak kira siapa kita yang sebenarnya, kita mungkin seorang yang terlalu baik, atau penakut, atau berani atau apa saja. Apabila kita mengenakan satu satu pakaian yang sesuai dengan majlisnya, jadikanlah diri kita orang itu. Maksudnya, apabila kita berpakaian songkok dan jubah, eloklah berperangai alim, kalau berpakaian sukan, eloklah pergi ketempat sukan atau mana mana rekreasi yang sesuai. Begitu juga apabila kita mengenakan uniform, jadilah watak yang sesuai dengan uniform itu.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment