Nyawa adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Ia tidak boleh dijual beli dan diperolehi galang gantinya. Pada ketika ketika tertentu, nyawa menjadi tidak berharga disebabkan desakan, perasaan marah yang terlalu memuncak, perasaan benci yang keterlaluan, dendam, khianat dan pelbagai lagi. Dalam sudut ini, nyawa mangsa atau nyawa penyerang sudah tidak bernilai lantaran salah satu punca punca yang dinyatakan atau lainnya.
Didalam tempat terkurung seperti tempat tempat tahanan, boys home, girls home atau penjara. Kebebasan adalah terhad. Risiko ancaman pada nyawa boleh menjadi lebih tinggi berbanding ditempat bebas, kerana tempat untuk menyelamatkan diri menjadi kurang.
Risiko ancaman menjadi tinggi apabila adanya:
1. Peralatan atau benda yang boleh dijadikan senjata. Benda yang dijadikan senjata akan menentukan tahap keseriusan ancaman tadi pada nyawa. Benda benda yang boleh dijadikan senjata atau alat membunuh tidak terhad kepada benda benda yang tajam seperti paku, pisau, tin, tetapi kepada benda benda yang boleh ditajamkan seperti pemegang berus gigi, kayu, dawai, atau juga benda benda yang dianggap tidak merbahaya langsung seperti selimut, bantal, tali dan seumpamanya.
2. Bahan kimia juga merupakan ancaman kepada nyawa. Spirit dan thinner yang dijadikan gantian bahan khayalan adalah bahaya pada hiduan atau minuman. Ia boleh menjadi racun. Begitu juga cat dan yang seumpamanya. Asid adalah bahaya. Bilik yang disapu cat,boleh memberi kesan kepada nyawa manusia.
Satu satunya cara untuk mengurangkan risiko ini adalah dengan membesarkan ruang pengawasan, dengan cara bergabung diantara individu dengan individu, boleh menjadikan pandangan terhadap risiko menjadi lebih luas.
Diluar kawasan tertutup, kebiasaannya, orang orang meletakkan video camera ditempat tempat yang tersembunyi dan tersorok atau sunyi atau ditempat yang tidak memungkinkan diawasi secara berterusan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku disitu. Dalam tempat yang terkurung, prinsip yang sama adalah wajar dipakai, khususnya ditempat tempat 'buta'atau blind spot. Andainya perkara ini tidak dapat dilaksanakan, adalah baik andainya dapat menyatukan sumber tenaga yang ada, agar mereka saling mengawasi. Maksudnya meletakan tenaga manusia pada jarak jarak strategik dalam lingkungan pandangan antara satu dan lainnya.
Didunia luar tembok, semangat kejiranan adalah penting. Mereka perlu saling mengawasi sesama sendiri. Teknik ini dinamakan 'neighbours watch'.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment