Pelajaran adalah penting bagi membekalkan manusia dengan ilmu bertujuan untuk membolehkan dia berfungsi baik pada organisasi atau pun secara individu.
Dalam pengalamanku bekerja dulu, diperhatikan dari masa kesemasa, satu satu organisasi yang ingin berkembang maju, tidak boleh terkongkong dengan tatacara yang sama yang sudah menjadi turun temurun dalam organisasi tersebut. Banyak tatacara kerja dan teknik dalam melaksanakan tugas sudah berubah. Ia menjadi lebih komplex tetapi mudah dikendalikan.
Memandangkan situasi penjara masa itu dan masa kini, menghimpunkan banduan banduan dari pelbagai negara, maka sedikit pemahaman mengenai kebudayaan mereka adalah baik untuk memahami perangai mereka. Tapi yang lebih penting adalah soal komunikasi. Perhubungan diantara petugas dan banduan akan memberi lebih banyak makna.
Bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang berkesan. Ia membolehkan kita berhubung diantara satu dan lain.
Di dalam penjara penjara Malaysia terdapat pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Antaranya dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India dan lain lain lagi. Tanpa bahasa, mungkin sukar untuk kita berhubungan dengan mereka, walaupun sebahagian besar dari mereka rata rata sudah boleh bercakap bahasa Melayu yang gagap.
Begitu pula ada kaum India, Cina dan Melayu dikumpulkan kedalam penjara penjara disini. Andainya mereka semua berketuk sesama mereka, memang tidak ramai yang tau. Mungkin terang terang dihadapan anggota mereka merancangkan sesuatu, tapi disebabkan tidak faham, maka mungkin perkara itu terlepas lalu, sehinggalah kejadian buruk berlaku.
Kerana itu, adalah penting di pusat pusat latihan organisasi menekankan pelajaran Bahasa. Kalau hendak belajar semua bahasa yang ada mungkin tidak mampu. Cukuplah sekadar mempertingkatkan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Cina kepada setiap anggotanya. Ini akan membantu dalam hubungan antara anggota dan banduan, berguna untuk risikan matlumat, berguna untuk mendapatkan matlumat tersembunyi dari banduan banduan sesama mereka atau dalam sessi bualan ditempat jumpa.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment