PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Monday, 19 December 2011

39. APAKAH YANG AKU CARI DALAM KEHIDUPAN.

Sudah 57 tahun, aku berjalan dimuka bumi ini, melakukan tugas yang diberi dan memainkan peranan yang dianugerah, tapi untuk sekian tahunnya, aku rasa masih ada yang kurang dalam hidupku ini. Aku mencari dan mencari.

Setengah orang suka dipuji, itu bukan aku. Ada orang suka menjadi terkenal, itu juga bukan aku. Ada yang suka hidup dalam kemewahan, itu juga bukan yang aku cari. Ada yang ingin hidup dalam kegemilangan diri, biarlah mereka begitu, tapi aku tetap aku.

Hari ini, rasa kesunyianku sudah tidak dapat hendak dibendung. Masa lalu, aku benamkan diriku dalam tugas, segalanya tidak terasa. Manusia manusia yang bergelar kawan dan rakan, semuanya berebut rebut mendampingiku. Kawan yang suka hendak membawa begku, kawan yang sering menaliponku untuk berbicara, semuanya sudah hilang. Rupanya mereka bukan sahabatku.

Hari ini, aku berjalan sendiri semula seperti dahulu. Isteri isteri yang mendampingiku, sudah tidak mau berjalan sama lagi. Aku sendiri.

Dalam kesunyian ini, aku mencari dan mencari; akhirnya aku sedari bahawa aku mencari tulang rusukku yang telah tiada. Ingin aku tempatkan ia semula disisiku, bersatu dalam satu jiwa. Kemana bersama sama. Susah dan senang ia tetap teguh disisiku.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment