PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Wednesday, 21 December 2011

42. PERTAMA KALI KENA GOUT

Masa lalu, aku tidak kenal apa itu gout sehinggalah pada tahun 1987, kakiku terkena gout. Ketika itu aku bangun pagi, untuk bersiap sedia untuk pergi raptai hari merdeka; tiba tiba terasa ibu jari kakiku sakit. Masa itu, aku fikir jari kakiku digigit lipas. Aku cuba jalan terasa sakitnya, tapi aku gagahkan juga pergi raptai dengan memandu sendiri kereta kedataran merdeka.

Selepas raptai, kaki terasa semakin sakit. Aku pandu semula balik keKajang. DiKajang, pegawai pegawai yang ada mengatakan aku kena tegur atau dena kata mereka, aku pun tidak faham apa maksudnya. Bermacam macam cara mereka suruh buat untuk mengatasinya. Mula mula direndamnya kaki aku dalam larutan garam dengan air suam. Beberapa kali buat, tapi tidak berhasil. Sakitnya semakin tidak tahan. Aku pun mengajak seorang pegawai cari tukang urut.

Tiba ditempat urut, orang itu pun memegang kakiku. Aku mengengsot sambil duduk. Nasib baik, tukang urut tidak meneruskan urutannya. Kalau tidak, mati kesakitan agaknya aku. Dia kata mungkin kakiku patah. Kami pun balik semula keMaktab.

Sebaik saja sambutan hari merdeka tamat, aku segera balik keTaiping. Kaki tetap sakit. Akhirnya aku pergi keHospital Taiping. Pembantu perubatan, menyuruh aku baring di trolley, dan kemudian membawa aku kebilik x ray. Di x raynya kakiku. Kemudian dia pun terkejut, katanya kakiku tidak patah. Dia kemudiannya memberi aku ubat.

Dirumah, aku berfikir, mengapa bagi ubat minum, sedangkan kakiku yang sakit dan membengkak. Aku tidak ambil ubat itu.

Hari cuti hujung minggu, aku balik keKL, kemudian keklinik. Di klinik, darahku diambil untuk diuji. Doktor beritau, aku mungkin kena gout, dia pun ceritakanlah apa penyakit gout itu, dan dia meminta aku pantang makan beberapa makanan. Dia beri ubat tahan sakit. Masa yang sama, aku tunjukkan kepadanya ubat yang diberi oleh pehak hospital. Doktor mengambil dan melihat. Dia beritau aku, itu ubat gastrik. Jangan makan. Tidak ada kena mengena dengan sakit gout. Masyaallah, nasib baik bukan racun.

Seminggu kemudian, keputusan ujian darah pun tiba. Sah aku kena gout. Doktor pun memberi aku ubat ubat yang sesuai. Alhamdulillah baik. Masaalahnya ia akan datang berulang ulang, kalau salah makan dan stress yang keterlaluan.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment