PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Saturday, 17 December 2011

36. PEMBAHAGIAN TUGAS

Apabila Allah swt mencipta Adam dan Hawa, mereka dibentuk berlainan rupa fizikalnya. Ia tidak bermaksud menjadikan mereka bersaingan tetapi untuk saling melengkapi diantara satu dan lainnya. Rupa fizikal yang sedemikian membenarkan mereka sama sama berfikir apakah peranan mereka masing masing dimuka bumi ini. Itu dinamakan pembahagian tugas.

Hubungan harmonis ini, tidak bermakna yang satu lebih tinggi dari yang satunya. Ia hanya satu norma bagi memudahkan pembahagian tugas. Kesepakatan bersama, agar lebih banyak perkara dapat dicapai secara kerjasama.

Dalam mana mana organisasi, pembahagian tugas yang jelas perlu diujudkan agar tidak berlaku pertindihan peranan dan perebutan kerja atau mengelak dari melakukan kerja.

Pembahagian tugas itu adalah terletak kepada satu piawaian yang telah dipersetujui bersama. Yang baik aqalnya, diberi tanggongjawab memikir, dan kuat kudratnya diberi tanggongjawab pelaksana dan begitulah seterusnya.

Sungguh pun begitu, ia tidak bermakna, nasib seseorang itu terbendung dengan attribusi fizikalnya, kerana melalui masa dan pengumpulan pengalaman, manusia itu boleh melonjakkan diri mereka memenuhi piawaian yang ada, dan seterusnya menjawab tugas tugas yang baru.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

No comments:

Post a Comment