Sewaktu aku bertugas dulu, setiap kali ada tatlimat kepada wakil wakil dari luar negara, hendak tak hendak, jabatan memberi tugasan itu kepada kaum India atau Cina. Aku tidak rasis, atau membenci mereka. Semuanya manusia belaka dan anggota organisasi yang sama. Tapi didalam hatiku selalu ingin melihat kelainan. Aku ingin melihat muka muka baru untuk ditampilkan kehadapan. Malangnya kurang, kerana masing masing tidak fasih dalam bahasa Inggeris.
Suka atau tidak, bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa perantaran dunia. Menguasai bahasa ini, menjadikan luas perspektif seseorang kerana banyak buku buku ilmu ditulis dalam bahasa Inggeris. Malahan di Malaysia ini, apabila berinteraksi dengan pehak swasta, kedutaan, organisasi dunia, semuanya dalam bahasa Inggeris.
Forum forum luar negara, juga bersandarkan kepada bahasa Inggeris. Seandainya kita tidak menguasai bahasa tersebut, nampaknya kita akan terus menjadi penumpang dalam forum forum dunia. Idea idea yang baik, tidak dapat hendak dilakarkan dan dikongsi bersama.
Tatacara kerja kita juga tidak berkembang, kerana hanya berasaskan kepada minda yang terhad dan tidak luas.
Janganlah jabatan ketinggalan dalam arus perubahan minda dan teknik teknik baru dalam pengurusan, pemulihan dan sebagainya kerana satu perkara kecil iaitu bahasa.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
Ehsan dari NYT center.com.
No comments:
Post a Comment