Tugas yang melibatkan pengawasan bukanlah sesuatu yang mudah, khususnya sekiranya ia melibatkan kudrat manusia semata mata. Faktur faktur yang sering menggagalkan pengawasan yang baik adalah kealpaan manusia, kerana ia memecahkan tumpuan pada subjek yang diawasi.
Dalam melaksanakan tugas ini, manusia mestilah dilatih menguatkan mental dan menajamkan fokus mereka. Andainya ia tidak dilakukan, maka nasib sahaja yang akan menentukan gagal atau jayanya pengawasan tersebut.
Dalam membina kecekapan pengawasan, subjek utama adalah ketajaman pengawasan itu. Ia dibina dengan latih tubi membina ingatan dan sifat mengambil tau serta ingin tau ( curiosity ).
Kekuatan ingatan, akan membuka ruang samada sesuatu yang diawasi itu normal maksudnya berkeadaan seperti biasa atau tidak. Ketajaman ingatan boleh meneliti kelainan atau abnormality sesuatu keadaan. Umpamanya, pintu, jerjak, pagar, apakah pada masa masa lainnya tertutup, dan mengapa hari ini ia terbuka. Atau pada kebiasaannya pagar itu, lurus, mengapa hari ini ia kelihatan melentur sedikit. Atau memerhatikan tingkah laku individu, mengapa hari ini ia melakukan sesuatu yang bukan rutinnya. Dari ingatan yang baik menerbitkan rasa ingin tau. Ia bisa membongkar banyak rahsia.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN
No comments:
Post a Comment