PASUKAN PENJARA

PASUKAN PENJARA
TTC dalam latihan

Sunday, 25 December 2011

44. PENTINGNYA HUBUNGAN ANTARABANGSA.

Perkembangan masa ini, ilmu menjadi terlalu luas. Yang rajin membaca, sudah tentu akan bertambah luas pengetahuannya. Samada baca buku karya tempatan atau luar negara, kedua duanya sama berguna dan besar menafaatnya. Begitu pun perlu ketahui, sumber mana matlumat itu dipetik, atau cara karyanya, kerana ada yang tepat matlumatnya dan tajam pemikirannya, dan ada juga yang kurang baik kerana kurang teliti dalam penulisannya.

Hari ini, ilmu sudah tidak terbatas dalam lingkongan pencapaian matlumat yang tersebar didunia tempatan saja, manusia sudah boleh mencapai matlumat matlumat yang jauh dari negara mereka melalui perantara sebaran maya.

Bahasa juga mungkin sudah tidak menjadi banyak sekatan, kerana melalui peranti tertentu, ianya boleh diterjemahkan, walaupun sebahagiannya kurang tepat. Perantara umum hari ini adalah dalam bahasa Inggeris.

Andainya organisasi ingin berkembang selaras dengan ide dunia, mereka harus meneroka kedunia luar dari scenario dalaman. Khususnya jika organisasi itu saja yang mengendalikan peranan tertentu. Dengan menjengah keluar dari kotak mereka, mereka dapat melihat bagaimana orang lain atau organisasi yang sama peranannya menjalankan tugasan mereka. Disitu mungkin terbit idea idea baru.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 21 December 2011

43. KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT

Kalau melihat perkataan kawan, teman dan sahabat, rasanya tiada apa bedanya. Tapi bagiku ia punya makna yang besar.

Bagiku, kawan adalah orang yang datang sementara dalam hidup. Orang yang kita jumpa dan berkenalan di mall, bus station, berbual, berkenalan dan dia pun hilang. Ia hanya kenalan sepintas lalu. Bagaimana pun, jika persahabatan itu berkekalan lama, ia boleh disifatkan sebagai teman, khususnya apabila ia mula ambil berat tentang diri kita.

Teman, adalah orang yang kita kenal lama umpamanya rakan sekolah, rakan kerja dan seumpamanya. Orang yang boleh tertawa bersama. Membantu, apabila berada didepan mata.

Manakala sahabat, adalah orang yang akan bersama kita lama. Orang yang akan gembira apabila kita tertawa, dan gundah apabila kita menangis.

Barangkali ada yang setuju, dan ada yang tidak dengan penulisan ini. Tidak mengapa. Itu perkara kecil. Yang lebih penting, kita yakin dengan apa yang kita percaya. Dan apa yang kita percaya tidak merosakkan sesiapa.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

42. PERTAMA KALI KENA GOUT

Masa lalu, aku tidak kenal apa itu gout sehinggalah pada tahun 1987, kakiku terkena gout. Ketika itu aku bangun pagi, untuk bersiap sedia untuk pergi raptai hari merdeka; tiba tiba terasa ibu jari kakiku sakit. Masa itu, aku fikir jari kakiku digigit lipas. Aku cuba jalan terasa sakitnya, tapi aku gagahkan juga pergi raptai dengan memandu sendiri kereta kedataran merdeka.

Selepas raptai, kaki terasa semakin sakit. Aku pandu semula balik keKajang. DiKajang, pegawai pegawai yang ada mengatakan aku kena tegur atau dena kata mereka, aku pun tidak faham apa maksudnya. Bermacam macam cara mereka suruh buat untuk mengatasinya. Mula mula direndamnya kaki aku dalam larutan garam dengan air suam. Beberapa kali buat, tapi tidak berhasil. Sakitnya semakin tidak tahan. Aku pun mengajak seorang pegawai cari tukang urut.

Tiba ditempat urut, orang itu pun memegang kakiku. Aku mengengsot sambil duduk. Nasib baik, tukang urut tidak meneruskan urutannya. Kalau tidak, mati kesakitan agaknya aku. Dia kata mungkin kakiku patah. Kami pun balik semula keMaktab.

Sebaik saja sambutan hari merdeka tamat, aku segera balik keTaiping. Kaki tetap sakit. Akhirnya aku pergi keHospital Taiping. Pembantu perubatan, menyuruh aku baring di trolley, dan kemudian membawa aku kebilik x ray. Di x raynya kakiku. Kemudian dia pun terkejut, katanya kakiku tidak patah. Dia kemudiannya memberi aku ubat.

Dirumah, aku berfikir, mengapa bagi ubat minum, sedangkan kakiku yang sakit dan membengkak. Aku tidak ambil ubat itu.

Hari cuti hujung minggu, aku balik keKL, kemudian keklinik. Di klinik, darahku diambil untuk diuji. Doktor beritau, aku mungkin kena gout, dia pun ceritakanlah apa penyakit gout itu, dan dia meminta aku pantang makan beberapa makanan. Dia beri ubat tahan sakit. Masa yang sama, aku tunjukkan kepadanya ubat yang diberi oleh pehak hospital. Doktor mengambil dan melihat. Dia beritau aku, itu ubat gastrik. Jangan makan. Tidak ada kena mengena dengan sakit gout. Masyaallah, nasib baik bukan racun.

Seminggu kemudian, keputusan ujian darah pun tiba. Sah aku kena gout. Doktor pun memberi aku ubat ubat yang sesuai. Alhamdulillah baik. Masaalahnya ia akan datang berulang ulang, kalau salah makan dan stress yang keterlaluan.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

41. TABIAT KEPIMPINAN

Menjadi pemimpin, bukanlah sesuatu yang mudah. Hampir sebahagian daripada kehidupan yang kita gemari hilang ditelan oleh fakta kepimpinan itu. Barangkali anda hanya seorang biasa, yang suka memakai seluar pendek dan berjalan mundar mandir kesana kemari dengan memakai selipar, atau suka duduk duduk distesen bas memerhatikan tatakelakuan manusia, atau makan diwarong yang robek untuk menyantap makanan yang lazat, tetapi semuanya itu menjadi batasan kepada anda.

Anda akan rasa kehilangan sesuatu yang anda suka. Begitulah lagaknya pemimpin, anda hendak menyerlahkan diri sendiri tapi tidak bisa.

Pemimpin senantiasa diperhatikan. Sebahagiannya menjadi idola, dan sebahagiannya tidak disukai. Itulah hakikat yang perlu anda terima. Apa pun jua, anda akan berpuas hati apabila visi dan misi anda tercapai. Sebagai pemimpin, andalah orang yang gembira sekali.

Baru baru ini, aku rasa terkena. Seorang yang aku anggap sahabat, kenal cara fizikal dan kenal juga secara maya, meminta aku isikan kredit hp nya. Bunyinya beribu, tapi baru 15RM, saja. Sudahku isikan dari sini, dia hilang, tidak tau kemana. Tidak muncul muncul dalam FB.

Beberapa hari kemudian, dia muncul lagi dan minta aku tambahkan lagi. Katanya untuk menggenapkan jumlah. Dia minta aku isikan lagi 5 ribu. Hairannya nombor HP lain pula. Aku pun berfikir, aku diminta isi semua HP anak beranaknya sekali kah. Jumlah bukanlah seberapa, tapi tatacaranya tidak baik. Pada kebiasaan bertemu, kawan lama, kita tanyakan kabar; tapi ini sebaliknya.

Dalam otakku berfikir macam mana dia mentadbir. Harus banyak minta orang tampung kehidupannya.

Apa pun jua, sebagai seorang Islam, aku telah halalkan saja apa yang telah aku beri.
Dia minta aku isikan sebanyak 5ribu.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

40. APABILA MANUSIA HILANG TANGGUNGJAWAB

Setiap makhluk yang hidup, mempunyai peranannya masing masing sebagaimana yang telah dimaktubkan didalam kitab. Dalam dunia binatang, telah ditentukan siapa yang akan melahirkan, dan siapa yang akan menjaga kedamaian. Kerjasama ini menjadikan kehidupan itu harmonis, andainya semua itu faham akan tanggungjawab masing masing. Hidup bekerjasama, saling membantu diantara satu dan lain, akan selalu menghasilkan produk yang baik, samada produk zahir atau batin.

Kehidupan saling melengkapi sudah diatur berzaman zaman lamanya. Tapi hari ini, kepandaian fikiran sudah banyak mengatasi kebijaksanaan aqal. Norma manusia sudah berubah, dan kehidupan aku, aku, dan engkau, engkau lebih banyak mendorongi kehidupan manusia. Maka itu sedikit demi sedikit asas tanggungjawab sudah gugur dan tidak bermakna lagi bagi sebahagian manusia.

Dalam kehidupan mau pun organisasi, andainya ada pemimpin atau pekerja yang mementingkan diri sendiri, lambat laun organisasi berkembang dengan tidak teratur, kalau tidak berakhir dengan kemusnahan.

Barangkali ramai yang bekerja kerana mengejar pangkat, dan imbuhan wang yang lebih. Mereka lupa bahawa rezeki itu letaknya ditangan tuhan, dan kerja yang baik, adalah satu doa yang sempurna menanti dimakbulkan oleh Allah swt.

Barangkali ada juga yang berpandangan, orang yang malas dan banyak membuat onar, berjaya naik pangkat berbanding dengan yang setia bekerja bagaikan keldai membawa bebanan. Itu namanya rezeki. Allah telah berfirman yang membawa maksud, 'Ia berkuasa memberi rezeki dan apa jua kepada sesiapa yang dikehendakiNya,'

Itu bukan soalnya, soal pokok apakah ia kelak akan bertanggungjawab. Dan itu adalah peranan pemimpin untuk membimbing dan memberi petunjuk dengan aqalnya yang tidak mendabik dada dan tidak berkepentingan.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Monday, 19 December 2011

39. APAKAH YANG AKU CARI DALAM KEHIDUPAN.

Sudah 57 tahun, aku berjalan dimuka bumi ini, melakukan tugas yang diberi dan memainkan peranan yang dianugerah, tapi untuk sekian tahunnya, aku rasa masih ada yang kurang dalam hidupku ini. Aku mencari dan mencari.

Setengah orang suka dipuji, itu bukan aku. Ada orang suka menjadi terkenal, itu juga bukan aku. Ada yang suka hidup dalam kemewahan, itu juga bukan yang aku cari. Ada yang ingin hidup dalam kegemilangan diri, biarlah mereka begitu, tapi aku tetap aku.

Hari ini, rasa kesunyianku sudah tidak dapat hendak dibendung. Masa lalu, aku benamkan diriku dalam tugas, segalanya tidak terasa. Manusia manusia yang bergelar kawan dan rakan, semuanya berebut rebut mendampingiku. Kawan yang suka hendak membawa begku, kawan yang sering menaliponku untuk berbicara, semuanya sudah hilang. Rupanya mereka bukan sahabatku.

Hari ini, aku berjalan sendiri semula seperti dahulu. Isteri isteri yang mendampingiku, sudah tidak mau berjalan sama lagi. Aku sendiri.

Dalam kesunyian ini, aku mencari dan mencari; akhirnya aku sedari bahawa aku mencari tulang rusukku yang telah tiada. Ingin aku tempatkan ia semula disisiku, bersatu dalam satu jiwa. Kemana bersama sama. Susah dan senang ia tetap teguh disisiku.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Sunday, 18 December 2011

38. ELEMEN MANUSIA DALAM PENGURUSAN

Dipasaran, mungkin telah terlalu banyak buku buku yang membahaskan dan mengenengahkan idea baru dalam ilmu pengurusan. Hampir semuanya cuba mengenengahkannya secara ilmiah dengan pelbagai tiori dan contoh. Kadangkala tidak tau tiori mana yang hendak diikuti. Hendak pandang ketimor kah, atau kebarat, atau melihat acuan sendiri. Semuanya mengelirukan.

Dalam membicarakan soal pengurusan, mungkin tidak ramai yang melihat pada unsur manusia itu sendirinya, kecuali pada tatalaku pentadbirannya samada berbentuk aristokratik, laisser faire, atau diktator. Ada lagi pelbagai tiori lainnya, yang terlalu banyak hendak dibicarakan.

Disini saya cuba mengutarakan idea pengurusan yang saya kira amat penting sekali iaitu unsur pembinaan manusia itu sendirinya.

Manusia dalam pengamatan saya ada empat unsur, iaitu, fikiran, aqal, emosi dan nafsu.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

37. MEMBINA ANGGOTA YANG JITU

Membina tenaga yang berwibawa dalam organisasi buka sesuatu mudah tetapi memberi kepuasan atas tugas yang dilakukan.

Dalam perkembangan pembinaan tenaga manusia di penjara, keutamaan pemilihan subjek pelajaran amatlah penting. Ia perlu selaras dengan keperluan kerja yang akan dilaksanakan kelak.

Pada tahun 1952, Jabatan Penjara hanya mempunyai sebuah pusat latihan, iaitu yang berada di Taiping, Perak. Ia sebuah bangunan lama, terdiri pada awal bangunan bangunan kayu peninggalan pehak tentera. Apabila jabatan mengambilnya penambahan demi penambahan segi fizikal telah dibuat. Hari ini ia hampir lengkap semuanya ada. Salah sebuah stadium tertua terletaknya disini, iaitu Stadium Sultan Yusuf.

Lebih kurang tahun 1985, Maktab Penjara telah ditubuhkan. Ia tidak berupa sebagai pusat latihan pun kerana ia menggunakan apartmen yang sama dengan penghuni tugas penjara.

Kedua dua pusat latihan ini, akhirnya berfungsi untuk sekian lamanya. Fizikal kedua dua tempat berubah dari masa kesemasa mengikut peruntukan pembangunan yang ada.

Sungguh pun, pehak jabatan telah ada dua pusat latihan tetapi sedikit saja tekanan yang diberi pada kurikulum yang ada. Samada latihan untuk warder atau pegawai, bentuk latihannya masih serupa.

Menyedari keadaan ini, dengan kerjasama komandan Maktab ketika itu, iaitu Tuan Wan Nazarie, kurikulum baru untuk anggota anggota penjara mula dibentuk. Pada awalnya, kurikulum penjara dibahagikan kepada 2.
1.  Kurikulum asas Pegawai Penjara.
2.  Kurikulum asas Pegawai.

Dalam aturan ini, semua anggota baru wajib mengikuti latihan asas warder, manakala kurikulum pegawai, bagi yang baru menyertai organisasi, diwajibkan mengikuti kursus asas warder dan terus melanjutkan dengan kurikulum pegawai. Bagi anggota pegawai yang telah ikuti kursus asas warder, mereka hanya perlu hadir kursus pegawai saja. Cara ini menjimatkan masa bagi anggota agar tidak mengikuti kursus berulang dan penjara punya tenaga tambahan untuk beberapa bulan lagi.

Bagaimana pun ramai yang keliru, khususnya mereka yang menjadi pegawai disebabkan tidak mau ikuti kursus warder. Dalam masa yang sama juga, organisasi melihat keanggotaan penjara terbagi kepada 3 tahap iaitu:
1. Operation.
2. Supevisory
3. Management.

Dari asas kategori ini, Tn Wan Nazri mendapat ilham meujudkan 3 peringkat sijil iaitu sijil rendah, menengah dan tinggi. Baik juga ideanya. Maka idea ini telah dilaksanakan.

Dalam proses perlaksanaan kurikulum ini, pihak organisasi berhasrat untuk memberi ruang kepada anggota anggota rendah menimba ilmu keluar negara. Pada kebiasaannya, bila keluar negara, rata rata hanya pegawai kanan sahaja yang berpeluang.

Idea disalurkan kepada Tn Nordin, untuk melaksanakannya. Akhirnya ketetapan dibuat agar setiap tahun anggota yang cemerlang di hantar keluar negara. Untuk anggota rendah, kawasan liputan lawatannya adalah sekitar Asia Tenggara, kumpulan menengah liputannya lebih meluas merangkumi negara timor jauh, dan pegawai pegawai kanan keseluruh negara.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Saturday, 17 December 2011

36. PEMBAHAGIAN TUGAS

Apabila Allah swt mencipta Adam dan Hawa, mereka dibentuk berlainan rupa fizikalnya. Ia tidak bermaksud menjadikan mereka bersaingan tetapi untuk saling melengkapi diantara satu dan lainnya. Rupa fizikal yang sedemikian membenarkan mereka sama sama berfikir apakah peranan mereka masing masing dimuka bumi ini. Itu dinamakan pembahagian tugas.

Hubungan harmonis ini, tidak bermakna yang satu lebih tinggi dari yang satunya. Ia hanya satu norma bagi memudahkan pembahagian tugas. Kesepakatan bersama, agar lebih banyak perkara dapat dicapai secara kerjasama.

Dalam mana mana organisasi, pembahagian tugas yang jelas perlu diujudkan agar tidak berlaku pertindihan peranan dan perebutan kerja atau mengelak dari melakukan kerja.

Pembahagian tugas itu adalah terletak kepada satu piawaian yang telah dipersetujui bersama. Yang baik aqalnya, diberi tanggongjawab memikir, dan kuat kudratnya diberi tanggongjawab pelaksana dan begitulah seterusnya.

Sungguh pun begitu, ia tidak bermakna, nasib seseorang itu terbendung dengan attribusi fizikalnya, kerana melalui masa dan pengumpulan pengalaman, manusia itu boleh melonjakkan diri mereka memenuhi piawaian yang ada, dan seterusnya menjawab tugas tugas yang baru.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Friday, 16 December 2011

35. MENGENDALIKAN SIDANG AKHBAR

Berita amat penting untuk semua. Ada yang suka kisah kisah jenayah, ada yang suka membaca kisah kisah seram, ada yang suka membaca kisah kisah yang boleh memberi motivasi dan tidak kurang ada juga yang suka melihat kejatuhan orang lain, terserahlah pada niat dan budi seseorang itu.

Oleh itu, apa jua yang boleh dijadikan berita khususnya yang memberi impak sensasi perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin, kerana ia bisa memberi kesan baik atau buruk pada individu mau pun organisasi.

Apabila pemberita menghampiri seseorang itu, mereka datang dengan beberapa matlumat yang telah mereka perolehi. Oleh itu, kalau kita berbohong, mereka pun tau juga, kerana mereka boleh mendapat berita itu dari banyak sumber. Bagaimana kita hendak mengendalikan pemberita. Andainya kita tidak punya matlumat, lebih baik mengelakkan diri dari mereka, tetapi seandainya terperangkap, terus terang beritau kepada mereka, siasatan sedang dibuat, dan mereka akan diberitau kelak perkembangannya.

Bagaimana hendak mengendalikan sidang akhbar. Teknik dan cara adalah terpulang kepada individu.

Apabila sidang akhbar diadakan, ia bermaksud untuk menjelaskan sesuatu keadaan atau memberi matlumat bersabit sesuatu perkara, hatta memperkenalkan produk juga memerlukan sidang akhbar.

Apabila mengendalikan sidang akhbar, seseorang itu harus malahan mesti mempunyai fakta fakta yang tepat bersabit hal yang hendak dibicarakan. Dengan fakta yang ada, kita boleh menapis sendiri, yang mana boleh di maklumkan dan yang mana perlu disampaikan dengan berhati hati agar jelas.

Kebiasaannya pertanyaan mereka berkisar kepada Apa dan Mengapa. Menjawab soalan apa, adalah menerangkan situasi, manakala soalan mengapa, hendaklah dijawab mengikut logik keadaan dan fakta bagi menyokongnya.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

34. RIADAH DAN SUKAN

Anggota organisasi keselamatan khususnya memerlukan kesihatan dan ketangkasan yang baik, kerana tugasnya banyak tertumpu kepada kudrat atau fizikal. Penggunaan 5 pancaindera yang ada memang tidak dapat dinafikan pentingnya yang amat sangat.

Oleh itu kesihatan perlu dijaga dan senantiasa seberapa yang boleh ditahap yang tinggi.

Kebanyakan organisasi begini, punya majlis sukannya sendiri yang bukan sahaja untuk meningkatkan mutu sukan negara tetapi juga kesihatan anggota. Jabatan penjara tidak ketinggalan punya majlis sukannya sendiri.

Selain dari majlis yang ada, penting juga untuk adanya fasilitis fasilitis latihan sukan. Organisasi pengendali keselamatan memang senantiasa punya fasilitis tersebut, cuma terpulanglah kepada anggotanya untuk beriadah atau tidak untuk bersukan.

Pada satu ketika dulu, Jabatan Penjara terkenal dengan pemain pemain bolasepaknya yang mewakili negara didalam banyak kejohanan sukan bolasepak antarabangsa. Tapi hari ini, jabatan belum dapat mencungkil bakat para ahlinya bagi mengembalikan kegemilangan tersebut.

Cubaan demi cubaan telah dibuat, tetapi belum berhasil. Baik dalam sukan bolasepak atau lain lainnya.

Cubaan yang hampir sekali adalah apabila penjara cuba menyertai piala FAM dengan menandingi permulaan di peringkat negeri Melaka. Baik juga pencapaiannya, tetapi gagal untuk menghasilkan pertunjukan yang cemerlang.

DiSabah, Jabatan Penjaranya lebih maju dalam bidang sukan kerana selalu mewakili negeri. Aku bangga.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Thursday, 15 December 2011

33. PENTINGNYA PELAJARI BAHASA INGGERIS

Sewaktu aku bertugas dulu, setiap kali ada tatlimat kepada wakil wakil dari luar negara, hendak tak hendak, jabatan memberi tugasan itu kepada kaum India atau Cina. Aku tidak rasis, atau membenci mereka. Semuanya manusia belaka dan anggota organisasi yang sama. Tapi didalam hatiku selalu ingin melihat kelainan. Aku ingin melihat muka muka baru untuk ditampilkan kehadapan. Malangnya kurang, kerana masing masing tidak fasih dalam bahasa Inggeris.

Suka atau tidak, bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa perantaran dunia. Menguasai bahasa ini, menjadikan luas perspektif seseorang kerana banyak buku buku ilmu ditulis dalam bahasa Inggeris. Malahan di Malaysia ini, apabila berinteraksi dengan pehak swasta, kedutaan, organisasi dunia, semuanya dalam bahasa Inggeris.

Forum forum luar negara, juga bersandarkan kepada bahasa Inggeris. Seandainya kita tidak menguasai bahasa tersebut, nampaknya kita akan terus menjadi penumpang dalam forum forum dunia. Idea idea yang baik, tidak dapat hendak dilakarkan dan dikongsi bersama.

Tatacara kerja kita juga tidak berkembang, kerana hanya berasaskan kepada minda yang terhad dan tidak luas.

Janganlah jabatan ketinggalan dalam arus perubahan minda dan teknik teknik baru dalam pengurusan, pemulihan dan sebagainya kerana satu perkara kecil iaitu bahasa.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN
Ehsan dari NYT center.com.

32. MANUSIA DALAM PELBAGAI WATAK

Apabila menyentuh subjek watak, semua yang mengendalikan unsur perubahan sikap perlu mengetahuinya. Biar pun dipusat pusat pemulihan akhlak, penjara, universiti malah disekolah perlu tau elemen ini.

Seorang teman pernah bercerita padaku. Katanya, Nabi Sulaiman as, sewaktu duduk disinggahsananya; baginda memakai jubah pentadbir yang amat gemilang. Berhadapan dengan ramai pembesar dan lain lain makhluk Allah dalam mentadbirkan kerajaan baginda. Semua makhluk tuhan terpegun melihat baginda. Satu hari, seorang hamba Allah datang berjumpa baginda. Ketika itu baginda ditempat persalinannya. Apabila hamba Allah ini masuk kekamarnya, beliau terperanjat melihat Nabi Sulaiman as itu yang ketika itu tidak memakai jubahnya. Orang itu melihat bahawa pakaian nabi tidak seperti yang tergambar sewaktu beliau disinggahsananya. Pakaian terdapat lubang dan koyak. Wallahualam.

Aku pun tidak menyiasat samada cerita itu benar atau tidak, tapi apakah pelajaran disebaliknya?

Pelajaran yang boleh ditimba dari kisah itu adalah tidak kira siapa kita yang sebenarnya, kita mungkin seorang yang terlalu baik, atau penakut, atau berani atau apa saja. Apabila kita mengenakan satu satu pakaian yang sesuai dengan majlisnya, jadikanlah diri kita orang itu. Maksudnya, apabila kita berpakaian songkok dan jubah, eloklah berperangai alim, kalau berpakaian sukan, eloklah pergi ketempat sukan atau mana mana rekreasi yang sesuai. Begitu juga apabila kita mengenakan uniform, jadilah watak yang sesuai dengan uniform itu.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

31. PELAJARAN BAHASA DI PUSAT PUSAT LATIHAN

Pelajaran adalah penting bagi membekalkan manusia dengan ilmu bertujuan untuk membolehkan dia berfungsi baik pada organisasi atau pun secara individu.

Dalam pengalamanku bekerja dulu, diperhatikan dari masa kesemasa, satu satu organisasi yang ingin berkembang maju, tidak boleh terkongkong dengan tatacara yang sama yang sudah menjadi turun temurun dalam organisasi tersebut. Banyak tatacara kerja dan teknik dalam melaksanakan tugas sudah berubah. Ia menjadi lebih komplex tetapi mudah dikendalikan.

Memandangkan situasi penjara masa itu dan masa kini, menghimpunkan banduan banduan dari pelbagai negara, maka sedikit pemahaman mengenai kebudayaan mereka adalah baik untuk memahami perangai mereka. Tapi yang lebih penting adalah soal komunikasi. Perhubungan diantara petugas dan banduan akan memberi lebih banyak makna.

Bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang berkesan. Ia membolehkan kita berhubung diantara satu dan lain.

Di dalam penjara penjara Malaysia terdapat pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Antaranya dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India dan lain lain lagi. Tanpa bahasa, mungkin sukar untuk kita berhubungan dengan mereka, walaupun sebahagian besar dari mereka rata rata sudah boleh bercakap bahasa Melayu yang gagap.

Begitu pula ada kaum India, Cina dan Melayu dikumpulkan kedalam penjara penjara disini. Andainya mereka semua berketuk sesama mereka, memang tidak ramai yang tau. Mungkin terang terang dihadapan anggota mereka merancangkan sesuatu, tapi disebabkan tidak faham, maka mungkin perkara itu terlepas lalu, sehinggalah kejadian buruk berlaku.

Kerana itu, adalah penting di pusat pusat latihan organisasi menekankan pelajaran Bahasa. Kalau hendak belajar semua bahasa yang ada mungkin tidak mampu. Cukuplah sekadar mempertingkatkan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Cina kepada setiap anggotanya. Ini akan membantu dalam hubungan antara anggota dan banduan, berguna untuk risikan matlumat, berguna untuk mendapatkan matlumat tersembunyi dari banduan banduan sesama mereka atau dalam sessi bualan ditempat jumpa.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 14 December 2011

30. KHIDMAT MASYARAKAT

Alternatif dalam melaksanakan hukuman, khususnya bagi kesalahan ringan dalam komuniti adalah dengan mengujudkan khidmat masyarakat. Secara praktisnya, mereka yang melakukan kesalahan akan menjalankan kerja kerja yang dianggap berguna kepada masyarakat seperti menguruskan rumah orang tua tua, atau anak anak yatim, atau rumah orang orang cacat, atau apa jua yang difikirkan berfaedah untuk diri pesalah dan masyarakat juga.

Hukuman memenjarakan seseorang itu, sebenarnya besar impak terhadap naluri manusia itu sendirinya. Biasanya mereka yang baru pertama kali dipenjarakan akan rasa tertekan. Terpisah dari keluarga dan masyarakat. Mereka akan kehilangan mata pencarian dan hilang harga diri.

Apabila seseorang itu dipenjarakan, mereka tidak dapat tidak akan bergelumang dengan lain lain pesalah. Kata orang apabila kita bersama dengan satu kaum, maka kita akan menjadi kaum tersebut. Dalam kata lain, orang orang yang dipenjarakan akan mula berassosiasikan diri mereka kepada kawan kawan yang ada, dan dalam masa yang sama, mereka akan cuba mengassimilasikan diri mereka kepada persekitarannya. Rata rata ia akan memberi kesan negatif yang kurang baik kecuali mereka yang dianggap tegar, barangkali tidak memberi sebarang kesan mendalam terhadap mereka.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

29. KEKALUTAN MEMBUAT TENDER

Apabila sesebuah organisasi membuka tender untuk orang ramai, ia mempunyai niat yang baik, iaitu mendapatkan seberapa banyak penyertaan terbuka dengan pemilihan individu atau syarikat yang lebih baik. Ciri ciri yang dipamirkan haruslah berbentuk professional dan jelas pada apa yang dimaukan mereka.

Masaalah membuat tender, ada kalanya ia dibuat oleh orang yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Mereka sendiri kurang jelas apa yang dimaunya, atau kehendak yang melampaui batasan pemahaman aqal manusia disebabkan fakta yang bercanggah atau tidak masuk aqal.

Seperti biasa, apabila tender dibuka, banyaklah syarikat yang akan masuk mencuba nasib. Ada kalanya syarikat yang masuk itu tidak berwibawa langsung. Mereka mungkin setuju terima syarat kerana hendakkan tender tersebut.

Ini mungkin memeningkan pehak pentadbiran dalam membuat pilihan. Tersalah pilih, perkhidmatan yang diberikan akan merosot.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

28. PAROL

Idea tercetus untuk mengujudkan sektor parol dalam penjara, adalah lahir dari keinginan memberi peluang kedua kepada banduan banduan yang berada dalam penjara. Mereka yang berkelakuan baik dan telah insaf, sewajarnya diberi peluang ini.

Bagaimana pun, ia memerlukan penelitian yang tepat, dan program pemulihan yang ampuh. Andainya tidak, besar kemungkinan program ini tidak pergi jauh dan terhad kepada banduan banduan picisan sahaja.

Hari ini, sektor parol sudah meluas. Sektor ini memberi ruang kepada semua memulakan karier baru dengan pendekatan pendekatan yang baru juga. Ia barangkali mencabar keazaman yang ada.


NUKILAN MUSTAFA OSMAN

27. UNIT K9

Sudah lama Jabatan Penjara berangan angan hendak meujudkan unit anjingnya sendiri. Adanya unit ini, banyak perkara dapat membantu. Ia boleh dijadikan pengantara mengesan dadah dan ia juga boleh membantu dalam kawalan keselamatan. Ia amat penting.

Masaalah dalam hal ini adalah membuat kertas justifikasi kepada pehak pehak tertentu dalam bidang kuasa kerajaan bagi meluluskannya.

Jabatan Penjara tidak pernah menjadi priority dalam apa jua pembahagian peruntukan, dan masih ramai orang diluar sana yang masih sinis terhadap kemampuan Jabatan Penjara.

Desakan demi desakan, pehak jabatan telah lakukan. Hari ini, sewaktu aku meninggalkan jabatan, aku lihat, mereka sudah berjaya meujudkan unit K9 ini, Alhamdulillah syukur, dan syabas kepada mereka yang meneruskan usaha ini.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

26. HUJAN LAGI

Hujan turun lagi hari ini dengan lebat sekali. Jalan jalan raya digenangi air. Parit dan longkang, melimpah penuh air didalamnya. Kali ini tidak taulah dimana pula akan dilanda banjir.

Hujan dan banjir diMalaysia ini sudah sinonim. Hujan sedikit lebat saja, banjir pun menjadi. Tidak taulah bila agaknya akan berakhir.

Pehak berwajib dan yang bertanggungjawab sudah kebingungan. Ada yang ambil tindakan, ada yang diam saja buat tidak tau. Apa pun jua, mereka dapat habuan gaji yang semakin baik. Belum lagi yang dinaikkan pangkat.

Memang benar hujan dan banjir adalah keadaan alam semula jadi. Hujan diturunkan kemuka bumi ini sebagai rahmat. Tapi, manusia juga sudah diberikan aqal untuk mentadbirkan alam semesta ini sebagai khalifah. Tapi mereka masih gagal untuk mengatasinya.

Untuk mengatasinya memerlukan sedikit ilmu sains. Perlu tau jumlah taburan hujan maxima setempat yang boleh mengakibatkan banjir. Apabila telah tau kepadatannya, longkang dan parit perlulah dibina sesuai untuk menampung kepadatan hujan itu dari permulaan parit hinggalah kepenghujungnya. Jika tidak, ia akan mengakibatkan banjir juga apabila jumlah air itu tidak dapat meluncur terus disebabkan ada laluannya yang sempit.
NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Monday, 12 December 2011

25. KETAJAMAN PENGAWASAN

Tugas yang melibatkan pengawasan bukanlah sesuatu yang mudah, khususnya sekiranya ia melibatkan kudrat manusia semata mata. Faktur faktur yang sering menggagalkan pengawasan yang baik adalah kealpaan manusia, kerana ia memecahkan tumpuan pada subjek yang diawasi.

Dalam melaksanakan tugas ini, manusia mestilah dilatih menguatkan mental dan menajamkan fokus mereka. Andainya ia tidak dilakukan, maka nasib sahaja yang akan menentukan gagal atau jayanya pengawasan tersebut.

Dalam membina kecekapan pengawasan, subjek utama adalah ketajaman pengawasan itu. Ia dibina dengan latih tubi membina ingatan dan sifat mengambil tau serta ingin tau ( curiosity ).

Kekuatan ingatan, akan membuka ruang samada sesuatu yang diawasi itu normal maksudnya berkeadaan seperti biasa atau tidak. Ketajaman ingatan boleh meneliti kelainan atau abnormality sesuatu keadaan. Umpamanya, pintu, jerjak, pagar, apakah pada masa masa lainnya tertutup, dan mengapa hari ini ia terbuka. Atau pada kebiasaannya pagar itu, lurus, mengapa hari ini ia kelihatan melentur sedikit. Atau memerhatikan tingkah laku individu, mengapa hari ini ia melakukan sesuatu yang bukan rutinnya. Dari ingatan yang baik menerbitkan rasa ingin tau. Ia bisa membongkar banyak rahsia.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Thursday, 8 December 2011

24. ANCAMAN PADA NYAWA.

Nyawa adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Ia tidak boleh dijual beli dan diperolehi galang gantinya. Pada ketika ketika tertentu, nyawa menjadi tidak berharga disebabkan desakan, perasaan marah yang terlalu memuncak, perasaan benci yang keterlaluan, dendam, khianat dan pelbagai lagi. Dalam sudut ini, nyawa mangsa atau nyawa penyerang sudah tidak bernilai lantaran salah satu punca punca yang dinyatakan atau lainnya.

Didalam tempat terkurung seperti tempat tempat tahanan, boys home, girls home atau penjara. Kebebasan adalah terhad. Risiko ancaman pada nyawa boleh menjadi lebih tinggi berbanding ditempat bebas, kerana tempat untuk menyelamatkan diri menjadi kurang.

Risiko ancaman menjadi tinggi apabila adanya:

1. Peralatan atau benda yang boleh dijadikan senjata. Benda yang dijadikan senjata akan menentukan tahap keseriusan ancaman tadi pada nyawa. Benda benda yang boleh dijadikan senjata atau alat membunuh tidak terhad kepada benda benda yang tajam seperti paku, pisau, tin, tetapi kepada benda benda yang boleh ditajamkan seperti pemegang berus gigi, kayu, dawai, atau juga benda benda yang dianggap tidak merbahaya langsung seperti selimut, bantal, tali dan seumpamanya.

2.  Bahan kimia juga merupakan ancaman kepada nyawa. Spirit dan thinner yang dijadikan gantian bahan khayalan adalah bahaya pada hiduan atau minuman. Ia boleh menjadi racun. Begitu juga cat dan yang seumpamanya. Asid adalah bahaya. Bilik yang disapu cat,boleh memberi kesan kepada nyawa manusia.

Satu satunya cara untuk mengurangkan risiko ini adalah dengan membesarkan ruang pengawasan, dengan cara bergabung diantara individu dengan individu, boleh menjadikan pandangan terhadap risiko menjadi lebih luas.

Diluar kawasan tertutup, kebiasaannya, orang orang meletakkan video camera ditempat tempat yang tersembunyi dan tersorok atau sunyi atau ditempat yang tidak memungkinkan diawasi secara berterusan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku disitu. Dalam tempat yang terkurung, prinsip yang sama adalah wajar dipakai, khususnya ditempat tempat 'buta'atau blind spot. Andainya perkara ini tidak dapat dilaksanakan, adalah baik andainya dapat menyatukan sumber tenaga yang ada, agar mereka saling mengawasi. Maksudnya meletakan tenaga manusia pada jarak jarak strategik  dalam lingkungan pandangan antara satu dan lainnya.

Didunia luar tembok, semangat kejiranan adalah penting. Mereka perlu saling mengawasi sesama sendiri. Teknik ini dinamakan 'neighbours watch'.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

23. MENGUJUDKAN SITUASI SELAMAT.

Bagaimana hendak mengujudkan situasi selamat dalam situasi situasi tertentu?
Untuk membahaskan perkara ini, mula mula kita perlu kenal apakah ancaman ancaman yang ada sehingga menjadikan situasi itu kurang selamat atau tidak selamat.

Keadaan menjadi tidak selamat mungkin bersandarkan satu atau lebih daripada perkara berikut:
1.  Ancaman pada nyawa.
2.  Ancaman pada perkara yang dijaga atau diawasi, hilang atau lari.
3.  Ancaman daripada penularan penyakit.
4.  Ancaman kepada mental atau jiwa.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Wednesday, 7 December 2011

22. KESELAMATAN

Keselamatan, adalah perkara kedua penting selepas makanan. Manusia, tidak akan pedulikan keselamatan andainya perut mereka lapar. Mereka mencuri, membunuh dan memperdayakan antara satu dan lain.

Apabila kita memperkatakan tajuk keselamatan ia merujuk kepada satu situasi dimana individu bebas dari ancaman baik fizikal mau pun rohani. Lantaran itu, keselamatan adalah satu proses membentuk keadaan yang nyaman bebas dari segala ancaman. Ia mungkin merupakan ancaman wabak penyakit, jenayah, fikiran atau kondisi tempat tinggal dan persekitarannya.

Kalau hendak digariskan elemen elemen yang mengancam keselamatan, mungkin menjadi terlalu banyak. Maka itu mari kita cuba mengupas apakah faktor faktor yang boleh dijadikan standard mengatakan bahawa sesuatu situasi itu selamat. Elok juga kalau kita fokuskan kepada situasi tertutup seperti tempat tempat tahanan dan penjara.

Keselamatan pada dasarnya boleh dibahagikan kepada 3:

1. Keselamatan Fizikal.
2. Keselamatan Jiwa atau Mental
3. Keselamatan Manusia.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Monday, 5 December 2011

21. BILA TALIPON BERBUNYI

Talipon adalah merupakan alat komunikasi yang amat berguna dewasa ini. Ia membolehkan kita berhubung hampir dengan sesiapa saja, dan hampir dimana jua, selagi ada pancarannya. Perkembangan dunia komunikasi ini, kini dengan talipon, sudah boleh memasuki internet, bermain games dan lain lain lagi.

Sungguh pun ia amat berguna, tapi masa lalu aku tidak gemar mendengar ia berbunyi. Maklum saja bekerja ditempat yang berisiko tinggi, ia amat mencemaskan. Apabila talipon berbunyi, aku akan selalu lihat numbornya, samada aku kenal atau tidak. Kalau tidak kenal, ada satu sangkaan ku iaitu mungkin pemberita. Kalau aku kenal, aku lihat semula, samada dia dari penjara atau bukan. Kalau dari penjara, fikiranku tertumpu pada satu perkara, apakah yang sedang berlaku didalam penjara. Sungguh cemas sekali.

Hari ini, aku sudah bebas. Aku tidak peduli sangat, samada taliponku hendak berbunyi atau tidak. Tiada siapa yang aku tunggu, dan tiada siapa yang penting hendak aku hubungi kecuali keluargaku.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN

Thursday, 1 December 2011

20. SEKOLAH INTERGRITI PENJARA

Anak anak adalah mutiara ibu bapa. Harapan setiap pasangan, dan doa agar mereka maju jaya dalam kehidupan dan peroleh berkah dari apa yang diusahakan. Ibu bapa yang malang adalah apabila anak anak tidak berjaya dalam hidupnya dan menjadi orang yang dihina masyarakat. Lebih malang lagi andainya mereka dimasukkan kepusat pusat tahanan, kemungkinan besar gelap masa depannya.

Memang benar, rezeki bukan manusia yang menentukannya. Ia adalah kuasa Allah swt. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyempitkan hidup kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya. Akan tetapi manusia itu tidak dibiarkan begitu saja, menyerah kepada nasib; sebaliknya diberi mukjizat ulung iaitu doa. Dengan berkat doa, manusia yang benar benar beriman harus dimakbulkan, tetapi yang malas berdoa, kemungkinan besar akan begitulah selamanya.

Doa itu adalah usaha. Mereka yang rajin bekerja, tidak kira siapa, dan apa kepercayaannya, insyaallah akan dimakbulkan usahanya itu.

Begitu juga gerangan anak anak yang masuk pusat pusat tahanan. Jika tidak diberi ruang dan peluang, samalah seperti kita menutup pintu rezekinya sebelum Allah menentukannya.

Berprinsipkan kepada hasrat ingin menolong mereka yang lemah dan tidak berupaya, maka terjana pemikiran untuk meujudkan sekolah dalam penjara. Sekolah yang bukan sekadar memberi ilmu tetapi memberi peluang kepada mereka yang ingin berusaha.

Hasrat sebenar untuk meujudkan sekolah vokasyional sebagaimana kolej kommuniti, tapi nampaknya apabila diambil alih oleh kementerian pendidikan ia telah menjadi sekolah biasa saja.

Mungkin ramai pun tau, seseorang bekas banduan penjara barangkali sukar untuk mendapat kerja diluar, maksudnya bekerja dengan majikan; bukan kerana kurang pelajarannya, atau kurang kemahirannya, tapi hanya kerana kepercayaan terhadap mereka. Kalau dapat dusahakan sekolah Intergriti alah sekolah vokesyional, rasanya akan memberi faedah yang lebih, dan dalam masa yang sama akan memantapkan lagi program pemulihan penjara.

NUKILAN MUSTAFA OSMAN